SHAH ALAM : Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa sebagai solusi spiritual mengembalikan semua urusan bagi pemilihan pemimpin negara ini kepada ALLAH SWT pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, sudah tiba masanya semua urusan dikembalikan kepada ALLAH SWT dan memohon campur tangan agar Malaysia dianugerahkan pemimpin yang berintegriti, berilmu, kuat dan bertakwa.
"Malaysia Berdoa mengajak rakyat untuk menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang berintegriti dengan berpandukan al-Quran dan Hadis pada PRU15 19 November 2022.
“Malaysia Berdoa menjadi solusi spiritual buat semua pengundi berkeadaan bertenang agar berfikiran jelas dalam membuat keputusan yang betul untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang mentadbir negara mengikut syariat ALLAH SWT," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Marhaini menjelaskan, inisiatif berkenaan adalah wajar selepas semua pihak terlibat melalui proses PRU15 bermula dengan penamaan calon, apabila menyaksikan parti politik bertungkus lumus berkempen memenangi hati rakyat.
"Bermula dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 dan penamaan calon (5 November), rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang akan mentadbir negara selama lima tahun.
"Manakala, pengundian awal dijalankan bagi anggota dan pasangan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat undi pada 15 November lalu," katanya.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Awani itu akan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, QuranHour dan Rasuah Busters pada Jumaat jam 9 malam.
Pengisian program menampilkan Pentadabbur Al-Quran, Fazrul Ismail, Pentadabbur Hadith, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Qari oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M, Ustaz Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.
Sinar Harian
Thu Nov 17 2022

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Awani itu akan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, QuranHour dan Rasuah Busters pada Jumaat jam 9 malam.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.

'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.

Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.

PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.

"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.

Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.

400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.

Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.

Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.

Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.