KUALA NERANG: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan serta keluar dari parti itu serta-merta.
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hati beliau tanpa mana-mana paksaan atau disebabkan habuan yang ditawarkan pihak tertentu.
Namun disebabkan rasa hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pimpinan Bersatu yang didakwa memberikan layanan kelas kedua kepadanya, mendorong keputusan berkenaan dibuat.
Tambah beliau, langkahnya untuk meninggalkan parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut diikuti lebih 1,000 ahli parti Bersatu Bahagian Padang Terap termasuk beberapa ketua cawangan.
Kesemua mereka jelasnya, akan menyertai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Masyarakat Padang Terap yang mana akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
"Beberapa ketika hala tuju Bersatu sendiri tidak jelas, kronisme dalam bersatu berleluasa, Perikatan Nasional yang dibentuk pula semakin menenggelamkan peranan Bersatu itu sendiri, urus tadbir Bersatu sama ada di peringkat Negeri dan Pusat terlalu lemah dan tidak bersistem.
"Idealisme pucuk pimpinan Bersatu di peringkat Pusat mahupun negeri Kedah pula tidak berfokus, Bersatu tiada tujuan lain sekadar (selain) memecahkan undi bangsa sendiri, mengamalkan politik dendam, 'kebencian' hingga agenda untuk bangsa, agama dan negara tidak terzahir dengan nyata," dakwanya.
Syed Sobri berkata demikian ketika sidang media khas yang diadakan di Terap Inn, Kuala Nerang pada Isnin.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Tambahnya, perjuangan Bersatu di Padang Terap dan negeri Kedah juga dilihat kabur memandangkan peruntukan tidak diberikan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menjalankan gerak kerja.
Beliau turut menafikan bahawa tindakan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Bersatu, dibuat susulan namanya tidak tersenarai sebagai calon di dalam PRU15.
Syed Sobri turut menolak dakwaan yang mengatakan tindakannya turut mempunyai kaitan dengan desas desus calon daripada Pas akan dipilih mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen terbabit.
Abd Hadi Che Awang
Mon Oct 24 2022
![PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666602596_SyedSobriSyedHas.jpg)
Menurut Syed Sobri, langkahnya untuk meninggalkan parti turut diikuti lebih 1,000 ahli parti Bersatu Bahagian Padang Terap termasuk beberapa ketua cawangan. - Foto Astro AWANI
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
![Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669450847_CSivaraj.jpg)
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
![PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669536473_PRKSungaiBesaru.jpg)
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
![PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669514223_LIPISDUN.jpg)
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
![Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669402061_HerizalHazri.jpg)
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
![Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669402339_HerizalHazri.jpg)
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
![Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669330653_DrAnisYusalYusoff.jpg)
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
![Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669327559_RozhanOthman.jpg)
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
![Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669315569_InstitutIntegriti.jpg)
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
![Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669284078_TBANWARPM.jpg)
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
![PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669263644_PRUPadangSerai.jpg)
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.