KOTA BHARU: UMNO Kelantan bakal menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata calon terbabit terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk tokoh agama, akademik, guru dan korporat.
"Barisan Nasional (BN) dan UMNO Kelantan akan memasuki pilihan raya kali ini secara solo, jadi soal calon kita sedang teliti kerana ini perkara penting, kita sedang buat kajian belum tamat lagi.
"Apapun, senarai nama yang kita pilih akan diserahkan kepada presiden parti, kita ada kajian kita, pandangan kita, tapi presiden parti juga ada pandangan dia, ada kajian juga dibuat.
"Kalau boleh kita nak ketengahkan seramai mungkin muka baharu dengan tidak meminggirkan kepimpinan yang ada dan muka lama kerana kombinasi itu amat penting," katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera Veteran UMNO Kelantan di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, katanya senarai calon terbabit akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak lama lagi.
Sementara itu, katanya BN Kelantan menyasarkan untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menyasarkan kemenangan di 35 kerusi.
"BN juga akan bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dengan menyasarkan sembilan darinya untuk dimenangi," katanya.
Dalam pada itu, katanya UMNO Kelantan juga menjangkakan PRU15 sengit dengan situasi politik luar jangka serta pelbagai kemungkinan lain.
Ahmad Jazlan berkata, berdasarkan maklum balas daripada akar umbi dan kawasan, berlaku penolakan besar-besaran rakyat Kelantan terhadap Pas.
"Berlaku penolakan rakyat terhadap Pas waktu ini atas pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan selepas lebih 30 tahun Pas memerintah, tiada kesan ketara kepada pembangunan negeri dan tiada perubahan," katanya.
Vivi Sumanti
Wed Aug 31 2022
![PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661961165_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Ahmad Jazlan berkata, UMNO Kelantan juga menjangkakan PRU15 sengit dengan situasi politik luar jangka serta pelbagai kemungkinan lain. - Gambar fail
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
![Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710595472_TBZAHIDHAMIDITANAHME.jpg)
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
![Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682760342_TBZawawiOthman.jpg)
Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi
UMNO Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan.
![PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668497380_AhmadJazlanYaakub.jpg)
PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.
![UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609722225_SAARANIMOHAMAD.jpg)
UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.
![UMNO Kelantan sedar kebangkitan pengundi muda, dekati belia sudah lama - Ahmad Jazlan UMNO Kelantan sedar kebangkitan pengundi muda, dekati belia sudah lama - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666863153_TBNURJAZLAN.jpg)
UMNO Kelantan sedar kebangkitan pengundi muda, dekati belia sudah lama - Ahmad Jazlan
Menyedari peratusan anak muda yang layak mengundi bertambah lebih 50 peratus di Kelantan, UMNO negeri sudah memulakan program mendekati pengundi muda sejak awal tahun ini.
![UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664712629_AhmadJazlanYaakub.jpg)
UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.
![PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661961165_AhmadJazlanYaakub.jpg)
PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama
UMNO Kelantan bakal menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
![PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661952401_AhmadJazlanYaakub.jpg)
PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN
UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
![UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653695091_PemimpinPemudaUMN.jpg)
UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.