KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan.
Perkara itu disahkan PSM menerusi laman X yang memaklumkan mesyuarat mengenai gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu akan diadakan bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ.
"PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas selepas 'post-mortem'," menurut kenyataan itu.
Keadaan padang SNJB menjadi perdebatan hangat sebelum ini susulan tular sebuah video dan gambar permukaan padang yang rosak selepas penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Feb lalu.
Malah isu sama turut berlaku pada November tahun lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan sekali gus mengakibatkan permukaan padang rosak meskipun rumput jenis Zeon Zoysia itu baru ditukar.
Selain itu, pasukan Malaysia dan Oman pada Isnin lalu turut tidak dibenarkan berlatih sehari sebelum perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Selasa.
Para netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan terus mengkritik keadaan padang SNBJ yang dilihat kurang memuaskan ketika aksi Harimau Malaya dan Oman yang akhirnya memihak pasukan lawan dengan keputusan 2-0. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024

Para netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan terus mengkritik keadaan padang SNBJ yang dilihat kurang memuaskan ketika aksi Harimau Malaya dan Oman yang akhirnya memihak pasukan lawan dengan keputusan 2-0. - Gambar fail/Wikipedia
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.

PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.

Padang SNBJ: PSM libatkan pakar bagi hadapi konsert Ed Sheeran, Kelayakan Piala Dunia
PSM libatkan tenaga pakar bagi hadapi konsert Ed Sheeran dan aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.

Pan-gon sudah jangka padang akan rosak
Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka.

Selepas berhibur, buang sampah ikut suka, di mana kesedaran sivik kita?
Konsert kumpulan K-Pop terkemuka, Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah tentu mengegarkan stadium itu dengan persembahan memukau.

Piala AFF 2022: FAM pertimbang beberapa venue selain SNBJ
Malaysia dijangka menjadi tuan rumah bagi aksi menentang Laos serta Singapura yang dijadual berlangsung pada 24 Dis dan 3 Jan tahun hadapan.

Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
KBS tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan.

KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.