KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan melakukan rombakan terhadap struktur kejurulatihan skuad sepak takraw kebangsaan termasuk jawatan pengarah teknikal dalam masa terdekat.
Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan berkata bekas tekong negara Ahmad Jais Baharun yang kini ketua jurulatih skuad sepak takraw negara berkemungkinan akan menggalas tugas sebagai pengarah teknikal.
"Sebelum ini (dalam) perbincangan kita (PSM), Ahmad Jais adalah ketua jurulatih tetapi yang terkini ada perbincangan bersama MSN (Majlis Sukan Negara) untuk (beliau) ke arah pengarah teknikal. Apa pun kita kena dapatkan persetujuan MSN sebelum ia dapat disahkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM di Stadium Titiwangsa, malam tadi.
Mohd Sumali berkata jurulatih ATM Guardians Aswadi Abdullah dan dua legenda sepak takraw negara Suhaimi Yusof dan Mohammad Zulkarnain Md Arif pula bakal membarisi senarai jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Dalam perkembangan lain, beliau yang turut menyentuh mengenai persediaan ke Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan berlangsung 6 hingga 16 Mei ini berkata PSM juga akan menilai semula sasaran awal yang ditetapkan persatuan iaitu dua emas masing-masing bagi acara beregu dan chinlone.
"Saya dah maklumkan pada pertemuan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ada perubahan bagi acara chinlone iaitu terdapat penambahan satu acara yang boleh disertai... jadi kita akan maklumkan kemudian mengenai sasaran (baharu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Mohd Sumali (tengah) bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM di Stadium Titiwangsa, malam tadi. - Foto Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.

ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.

Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.

Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.

Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.

PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.