KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan sekali gus melengkapkan senarai 18 pemain bagi menghadapi kejohanan akan datang.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata penyenaraian pemain berkenaan, masing-masing dua tekong dan apit kanan diputuskan selepas Kejohanan Piala Emas Khir Johari di Alor Setar, Kedah bulan lepas.
"Untuk killer (apit kanan) kita dah putuskan iaitu Baihakki A'ripin (ATM) dan seorang lagi Mohd Hafizul Hayazi Adnan (Negeri Sembilan).
"Tekong pula ialah Muhammad Syahmi Husin (PDRM) dan Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri (Pulau Pinang)," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Pada 12 Dis lepas, PSM mengumumkan badan induk itu akan menyenaraikan 18 pemain untuk menyertai skuad lelaki manakala 12 pemain wanita disenaraikan dalam kem kebangsaan.
Seramai 14 pemain diumumkan dalam senarai awal kem kebangsaan terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Zuhri dengan masing-masing memikul tanggungjawab sebagai tekong.
Posisi apit kanan pula diisi Mohamad Azlan Alias, Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Muhmmad Redwan Hakim Muhammad dan Muhammad Arief Danial Mohamad Arifin.
Posisi apit kiri melibatkan Amirul Zazwan Amir, Farhan Adam, Muhammad Zaim Razali, Muhammad Lutfil Hadi Azmi dan Aidil Aiman Azwawi.
Sementara itu, Mohd Sumali memaklumkan dua bekas pemain Thailand, Poonsak Permsap dan Seksan Tubtong dilantik sebagai perunding serta pembantu kepada ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun dalam mempersiapkan pasukan menghadapi Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini dari 17 hingga 27 Mei depan.
"Mereka mula menjalankan tugas dari 1 Feb hingga 31 Mei ini. Poonsak akan bantu secara keseluruhan termasuk bagi regu dan berpasukan serta skuad Malaysia B sementara Seksan fokus kepada pasukan double," katanya.
Beliau pada masa sama tidak menolak kemungkinan khidmat kedua-dua individu itu disambung sekiranya keputusan positif diraih skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Dunia itu nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Mohd Sumali berkata penyenaraian pemain berkenaan, masing-masing dua tekong dan apit kanan diputuskan selepas Kejohanan Piala Emas Khir Johari di Alor Setar, Kedah bulan lepas. - Gambar fail/Bernama

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

PSM terima tawaran ASTAF
Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersetuju menerima tawaran ASTAF untuk bergelar tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.

Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.

21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.

PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.

PSM akur ketetapan sistem kiraan 15 mata
Persatuan Sepaktakraw Malaysia akur dengan keputusan ISTAF berhubung penggunaan sistem kiraan 15 mata di semua kejohanan dan pertandingan.

Kemelut PSM temui sinar, Muthu kekal terajui POS
Kebanyakan persatuan negeri sudah kembali semula dan sedang menanti tarikh untuk mengadakan AGM bagi memilih exco baru.

PSM setuju pinda perlembagaan, tiada lagi undi angkat tangan
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebulat suara bersetuju untuk meminda dua perlembagaan.

Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.

Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.