JAKARTA: Persekutuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan FIFA mencetuskan kontroversi dalam talian selepas mengadakan perlawanan bola sepak fun match di Stadium GBK Madya di Jakarta Pusat.
Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI pada Rabu memaparkan ketua PSSI Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan presiden FIFA Gianni Infantino.
Pengikut di Twitter membanjiri media sosial PSSI dengan hantaran komen: "FIFA dan PSSI seronok bermain bola sepak hanya 19 hari selepas tragedi Kanjuruhan."
"Bertepuk tangan dan ketawa selepas bencana Kanjuruhan yang mengorbankan 133 orang.
"Sangat menjijikkan ketika orang lain sedang berduka," menurut ciapan seorang lagi pengguna Twitter.
Tindakan itu turut mendapat kritikan daripada Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Mahfud MD, yang mengingatkan PSSI tentang 'tanggungjawab moral'.
BACA: Gas pemedih mata cetuskan tragedi Stadium Kanjuruhan - Polis
BACA: Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Rakaman kejadian menerusi CCTV dipadamkan - Laporan
Laporan mengenai tragedi dikeluarkan minggu lalu dan disediakan oleh unit jawatankuasa diketuai Mahfud, mengesyorkan ketua PSSI dan semua ahli jawatankuasa eksekutif meletakkan jawatan atas dasar tanggungjawab.
Namun, secara teknikal kerajaan tidak boleh campur tangan mengenai isu persatuan itu.
Ketika perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas, pasukan tuan rumah Arema tewas buat pertama kali dalam tempoh 23 tahun, mencetuskan kemarahan penyokong.
Keadaan menjadi tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata, dan menyebabkan ribuan penyokong berlari keluar dari stadium menerusi beberapa pintu pagar hingga mengakibatkan rempuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI pada Rabu memaparkan ketua PSSI Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan presiden FIFA Gianni Infantino.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

FIFA beku sementara pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia
FIFA bagaimanapun menegaskan komitmen penuh untuk menyokong PSSI dalam proses transformasi bola sepak Indonesia.

PSSI-FIFA terima kritikan dalam talian selepas perlawanan persahabatan
Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI pada Rabu memaparkan ketua PSSI Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan presiden FIFA Gianni Infantino.

Indonesia rancang langsungkan kembali liga bola sepak, kes COVID-19 terus meningkat
Liga satu dan dua untuk musim ini akan dilangsungkan kembali dengan kesesuaian protokol kesihatan yang ketat.

Kami sedar bahaya di GBK, tetapi kami terus fokus yang terbaik - Cheng Hoe
Mereka mempunyai keyakinan berdasarkan perbincangan di antara FAM dan PSSI tentang kawalan keselamatan di Gelora Bung Karno.

Indonesia jamin keselamatan penyokong Harimau Malaya
Indonesia beri jaminan keselamatan kepada penyokong bola sepak negara bagi menyaksikan perlawanan sulung Kumpulan G, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.

Final Piala FA Indonesia ditangguhkan akibat ancaman keselamatan
Kedah dinobatkan juara Piala FA Malaysia namun aksi final FA Indonesia yang dijadualkan semalam, terpaksa ditunda berikutan kebimbangan tahap keselamatan perlawanan akhir kedua itu.

Insiden lempar botol: Syed Saddiq ke Indonesia, selesaikan hal berkaitan
Sepakan penalti 3-2 melayakkan Malaysia ke final dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan 26,000 penyokong tuan rumah

Evan disambut baik di Selangor
Pemain import Selangor, Evan Dimas Darmono, sukar membayangkan betapa baik penerimaan skuad The Red Giants terhadap kehadirannya sambil mengakui hal itu menjadi perkara utama yang difikirkannya.

PSSI beri lampu hijau Evan, Ilham ke Selangor
Satu pertemuan di antara Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden PSSI Edy Rahmayadi di Jakarta, semalam telah berjaya mencapai keputusan positif mengenai kemelut perpindahan dua pemain itu.