PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 bagi melengkapkan Dasar Perpaduan Negara, yang telah dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Feb lepas.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata PTPN itu menggariskan program-program yang akan dilaksanakan secara inklusif dan komprehensif berdasarkan strategi yang ditetapkan dalam dokumen Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.
"Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat daripada pusat sehingga akar umbi," katanya ketika menyampaikan amanat tahun 2021 secara maya menerusi laman Facebook rasmi KPN hari ini.
Halimah berkata beliau akan mempengerusikan satu jawatankuasa pelaksanaan bagi memastikan ketiga-ketiga dokumen iaitu Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan PTPN dilaksanakan dengan berkesan dan impaknya dapat dirasai oleh seluruh rakyat di setiap peringkat.
Dasar Perpaduan Negara menggariskan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab; serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Halimah berkata beliau akan membentangkan laporan secara berkala mengenai status pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara termasuk PTPN di seluruh negara, kepada Jemaah Menteri.
Sementara itu, Halimah berkata dalam usaha memperkasakan kepimpinan dalam komuniti, KPN telah menyediakan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Rukun Tetangga 2021-2030, yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada Ahad ini.
Beliau berkata pelan itu merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.
Di bawah Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Rukun Tetangga 2021-2030, empat agenda kerja Komuniti Rukun Tetangga (KRT) akan diperkenalkan bagi memastikan program KRT lebih tersusun dan berfokus, selain memperkenalkan kaedah Star Rating yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan KRT di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kesukarelawanan, katanya.
Menyentuh mengenai pendidikan awal kanak-kanak, Halimah berkata Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan akan diberikan penjenamaan baharu antaranya meliputi peningkatan tahap profesionalisme guru dengan memastikan guru mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian iaitu sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau setarafnya.
Di bawah elemen pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran pula, ia meliputi penyediaan buku aktiviti bagi setiap subjek dengan elemen perpaduan dan kenegaraan; pengenalan asas bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan Tamil; pelaksanaan aktiviti jom urus diri kanak-kanak Tabika Perpaduan dan memperkenal modul berbentuk permainan untuk kanak-kanak bagi membina kreativiti.
"Identiti dan imej Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan akan dipertingkat dengan memperkenalkan logo baharu, kit permulaan dan keseragaman bangunan," katanya, sambil menambah pelancaran Pelan Pemerkasaan Tabika dan Taska Perpaduan akan diadakan pada 8 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

HALIMAH: Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.

Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.

Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.

Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil SPRM berhubung siasatan isu MITRA.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.