BAYAN LEPAS: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki menyerang anjing yang terjatuh dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ketiga- tiga lelaki yang bekerja sebagai nelayan, pemandu bas dan ejen kargo berusia 40 hingga 53 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Julai ini.
Kok Chin berkata, ketiga- tiga suspek ditahan disekitar Batu Maung selepas gerakan menjejaki mereka dilakukan pihak polis sejurus laporan kes berkenaan diterima semalam.
"Siasatan pihak polis mendapati ketiga-tiga mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bebas dari pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kes juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali.
"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan munasabah.
"Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan polis mengesan dua lelaki selepas video memaparkan mereka menyerang seekor anjing yang terjatuh di dalam longkang tular sejak Ahad.
Video terbabit turut bertulis keterangan 'Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati'.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada jam 8.38 malam, 8 Julai lalu di Kampung Telok Tempoyak di Batu Maung, Bayan Lepas.
Astro Awani
Mon Jul 10 2023

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada jam 8.38 malam, 8 Julai lalu di Kampung Telok Tempoyak di Batu Maung, Bayan Lepas. - Gambar/ Media sosial
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.

Pukul anjing cedera: Tiga lelaki ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki menyerang anjing yang terjatuh dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang semalam.

Pukul, bakar anjing: Remaja dihukum tujuh sebatan ringan
Seorang remaja lelaki dihukum tujuh sebatan ringan kerana menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor anjing, bulan lepas.

Pemuda mengaku bersalah pukul, bakar anjing
Braden Yap Hong Sheng membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim.