Kejujuran seorang tukang kimpal yang memulangkan wang berjumlah RM 5,000 yang dijumpainya di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar wajar menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia.
Kisah Ahmad Razif Ahmad Razali, 27, mula viral dalam laman sosial sejak petang Selasa dan masyarakat memujinya kerana tidak mengambil kesempatan dengan situasi tersebut.
Disebabkan kejujurannya itu, Razif dianugerahkan sijil penghargaan daripada pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Azry Akmar Ayob pada awal pagi Rabu.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Razif memberitahu dia terjumpa segumpal wang di atas jalan raya pada malam Khamis lepas di hadapan sebuah bank di bandar.
Dia yang terkejut melihat wang tersebut membuat keputusan untuk mengambil wang tersebut sebelum membawanya masuk ke dalam kereta.
"Bila berada di dalam kereta, saya termenung seketika kerana tidak tahu apa nak buat dengan wang tersebut. Saya tunggu kira-kira 15 minit di situ dengan harapan ada orang datang mencari wang itu.
"Saya ada nampak seorang lelaki seakan-akan mencari sesuatu di bank namun saya tidak pasti adakah dia pemiliknya. Kemudian, saya buat keputusan untuk menghantar wang itu ke balai polis.
"Semasa saya di balai, saya juga memuat naik status di Facebook berkenaan wang tersebut namun tiada yang memberi respon," katanya ketika ditemui Astro Awani pada petang Rabu.
Tambah Razif, dia tidak sangka perkara itu menjadi viral dalam laman sosial dan dia mengakui berasa sedikit segan apabila ramai orang memujinya.
Malah, katanya, ada individu menghantar mesej kepadanya mengatakan dia bodoh kerana tidak menyimpan wang tersebut sedangkan dia boleh berbuat demikian.
"Saya kata pada orang itu, kalau kamu yang jumpa mungkin kamu simpan tapi ini saya yang jumpa jadi terpulang pada saya untuk buat apa pada wang itu.
"Lagipun, sebelum ini saya pernah terjumpa tiga dompet. Dua daripadanya saya pulangkan sendiri kepada tuannya dan satu saya hantar ke balai polis.
"Pada saya, biarlah kita memperoleh wang dari usaha kita sendiri. Tiada guna ambil hak orang, tiada keberkatan pun dalam wang itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Razif lega kerana pemilik wang tersebut telah menuntut wang tersebut di balai polis dan dia bersyukur kerana dapat membantu menyelamatkan wang tersebut.
"Sebenarnya, ini merupakan tanggungjawab kita sebagai manusia. Jika kita jumpa barang atau wang yang bukan hak kita, sepatutnya kita tidak mengambilnya.
"Penat orang itu mengumpul wang sebanyak itu namun hilang sekelip mata. Mungkin berlaku kecuaian namun kita perlu tanamkan sifat jujur dalam diri kita," jelasnya ringkas.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Sep 09 2015
Disebabkan kejujurannya itu, Razif dianugerahkan sijil penghargaan daripada pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Azry Akmar Ayob pada awal pagi Rabu. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
AWANI 7:45 [27/1/2025] – Sinergi Malaysia-Indonesia | Tempoh Enam Hari | Himpunan Pesawah | Perjanjian Gencatan Senjata
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Keakraban Malaysia-Indonesia boleh jadi suara ASEAN
- Ops Bersepadu bermula esok, had laju di Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 kilometer sejam
- Wakil pesawah hantar memorandum kepada pejabat PM
- Ribuan penduduk kembali ke Gaza
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Keakraban Malaysia-Indonesia boleh jadi suara ASEAN
- Ops Bersepadu bermula esok, had laju di Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80 kilometer sejam
- Wakil pesawah hantar memorandum kepada pejabat PM
- Ribuan penduduk kembali ke Gaza
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
JSJ Bukit Aman laksana audit teliti statistik kontinjen seluruh negara
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri di seluruh negara.
AWANI Ringkas: 10 wakil pesawah serah memorandum kepada PMO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.
Pulangkan wang RM5,000, tukang kimpal terima anugerah
Seorang tukang kimpal memulangkan wang berjumlah RM5,000 yang ditemuinya di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.