LABUAN: Penubuhan Pulau Banggi, Sabah sebagai zon perdagangan bebas digital (DFTZ) berupaya membantu merangsang ekonomi negeri berkenaan berikutan terletak pada kedudukan yang strategik di laluan perkapalan antarabangsa.
Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata pulau berkenaan juga berupaya menjadi 'Gerbang Emas' kepada pasaran Indonesia dan Filipina.
Menurutnya Pulau Banggi adalah pelabuhan semula jadi, dan cadangan penubuhannya sebagai DFTZ akan membantu pulau itu untuk menerima teknologi dan kepakaran paling cekap bagi memenuhi keperluan masa depan, mewujudkan industri dan pekerjaan baharu, di samping memacu aktiviti komersial di wilayah utara Sabah.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Membasmi Kemiskinan Menerusi Gerbang Emas Asia Tenggara: Meningkatkan Kembali Peluang Pekerjaan di Utara Sabah,' bersempena dengan Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2023 (Wilayah Borneo) di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Geoffrey berkata cadangan untuk mentransformasi Pulau Banggi sebagai pulau perdagangan bebas digital yang pertama di Malaysia telah kerap kali dilakukan.
"Cadangan terkini oleh Halun Global Sdn Bhd dan terdapat dua rakan kongsi yang bersedia untuk membantu kerajaan negeri Sabah untuk menjadikan projek ini sebagai satu realiti," katanya.
Dua rakan niaga yang mempunyai potensi adalah China Construction Bank (CCB) cawangan Labuan dan Neurogine Group Sdn Bhd (Neurogine).
Beliau berkata CCB berupaya menyediakan bon hijau, khususnya menerusi dana sepadan serta kemudahan geran sepadan untuk menarik pelaburan langsung asing.
"CCB juga mempunyai pelanggan yang bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan untuk menjadikannya satu realiti," kata Geoffrey.
Neurogine pula adalah antara syarikat paling berjaya dalam bidang teknologi kewangan di rantau Asia Pasifik.
"Kajian kebolehlaksanaan dan/atau kajian garis dasar boleh dilaksanakan oleh UMS. Idea ini boleh meningkatkan kembali ekonomi Sabah secara keseluruhannya, terutamanya di wilayah utara Sabah.
"Sabah tidak pernah mempunyai projek sebesar ini, dan akan memberikan kesan limpahan kepada banyak pihak," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

Geoffrey berkata cadangan untuk mentransformasi Pulau Banggi sebagai pulau perdagangan bebas digital yang pertama di Malaysia telah kerap kali dilakukan. - Foto BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.

Pulau Banggi bantu pacu pertumbuhan ekonomi Sabah
Penubuhan Pulau Banggi, Sabah sebagai DFTZ berupaya membantu merangsang ekonomi negeri berkenaan berikutan terletak pada kedudukan yang strategik di laluan perkapalan antarabangsa.

COVID-19: Kluster baharu babit komuniti nelayan di Sabah
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata sebanyak 230 kes baharu telah dilaporkan pada Jumaat.

APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam
Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.

60 buah rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Banggi
Usaha memadamkan api menjadi sukar kerana ketiadaan sistem pam air, sebaliknya penduduk terpaksa mengambil air laut untuk memadamkan kebakaran.