Cuaca panas melampau di Lembah Klang terutama di pusat bandar Kuala Lumpur menyebabkan wujud 'pulau haba' yang mungkin menjadi antara faktor berlaku hujan ribut petir air batu semalam, kata seorang pakar cuaca.
Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa akibat haba berada dalam keadaan udara yang lembap.
"Keadaan lembap dan fenomena wind updraft atau pergolakan udara ke atas dan bawah menghasilkan titisan air dan akhirnya membentuk ketulan ais yang tidak mampu ditanggung oleh angin.
"Bila ketulan itu menjadi besar dan angin tidak boleh membawanya, ia akan turun menjadi ais dalam hujan seperti yang berlaku semalam," katanya kepada Bernama.
BACA: Hujan air batu kejutkan Bukit Jalil, perkhidmatan LRT turut terjejas
Beliau diminta mengulas mengenai kejadian hujan air batu yang turun di beberapa kawasan di ibu negara yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang sehingga berlaku kejadian pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas.
Fredolin berkata hujan ribut luar biasa mungkin akan kerap berlaku selepas ini selaras dengan perubahan iklim dan peningkatkan suhu yang semakin tinggi.
"Kajian di negara luar menunjukkan terdapat bukti saintifik bahawa semakin panas bumi akibat perubahan iklim, semakin banyak hujan ribut berlaku," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata kajian saintifik mengenai faktor perubahan iklim tempatan masih belum dilakukan dan menyukarkan pakar untuk meramal fenomena tersebut.
"Kita belum mempunyai kajian khusus berhubung fenomena ini kerana ia jarang berlaku berbanding di negara luar seperti Amerika Syarikat atau Eropah.
"Tetapi konsep fenomena adalah sama iaitu apabila wujud kelembapan di udara dan suhu meningkat, hujan ribut petir akan lebih kerap berlaku," katanya.
Fredolin mencadangkan supaya kajian terperinci yang mengkaji faktor cuaca tempatan dilakukan supaya pihak berkaitan dapat meramal keadaan cuaca di masa akan datang.
Sementara itu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di Beaufort, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar di Sabah serta Miri di Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Manakala aktiviti ribut petir di perairan Johor, Pahang, Kudat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berterusan sehingga awal petang ini.
Bernama
Sat Jun 04 2016
!['Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar 'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71464952320_hujanhujanbatu.jpg)
Hujan air batu turun di beberapa kawasan di ibu negara pada Jumaat yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738099723_StormEowynEdinbur.jpg)
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
![Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730170875_cuacaributkongr.jpg)
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
![Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736898603_PalisadesFire.jpg)
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.
![Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736695913_dikeledi.jpg)
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
![Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736676623_kalimantanbanjir.jpg)
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.
![Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736675570_METKualaNerus.jpg)
Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
![Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736378420_TBCaliforniaWildfir.jpg)
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
![Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736378420_TBCaliforniaWildfir.jpg)
Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
![Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729092406_RIBUTPETIR.jpg)
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
![Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736308541_PalisadesFire.jpg)
Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 2,921 ekar kawasan Pacific Palisades, antara Santa Monica dan Malibu, telah terbakar.