SHAH ALAM: Pulau Perak di Yan, Kedah lokasi baharu yang menjadi sebagai rujukan Takwim 2022 bagi menghitung analisis data kedudukan bulan Islam yang akan menentukan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhamad Zakuwan Rodzali berkata, lokasi pulau itu dipilih kerana ia bertepatan dengan kebolehan penampakan hilal semasa.
Jelas beliau, perkara itu juga sudah mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Suatu ketika dahulu tiada penyelarasan antara negeri-negeri dalam bab sambutan Awal Muharram, Ramadan dan Syawal.
“Pada 1968 kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk tujuan penyelarasan.
“Pada 1983 juga pernah berlaku beberapa negeri yang memulakan sambutan awal puasa yang tidak selaras dengan negeri lain,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada majlis Bulan Falak Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan.
Majlis penutup program yang dijalankan secara dalam talian itu disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Dalam pada itu, Muhamad Zakuwan berkata, Malaysia telah menggunakan beberapa jenis kaedah penyediaan takwim iaitu Takwim Istilahi sebelum 1969, Takwim Hijrah Hakiki digunakan sehingga tahun 1991, Takwim Ijtimak Wajudul Hilal pada 1992 sehingga 1994 serta Takwim Imkanur-rukyah bermula 1995 sehingga kini.
Tambahnya, hampir 30 tahun penggunaan Takwim Imkanur-rukyah digunakan oleh hampir seluruh negara setelah diputuskan oleh resolusi Istanbul dengan beberapa syarat.
“Antara syarat-syaratnya adalah kriteria Imkanur-rukyah Malaysia 1970, muktamar bagi menentukan permulaan bulan-bulan Islam di Istanbul pada 27 November hingga 30 November 1978, Kriteria imkanur-rukyah Malaysia 1983, Kriteria Imkanur-Rukyah Malaysia 1991 dan Kriteria Imkanur-Rukyah Majlis Agama Antara Negara (MABIMS) 2021.
“Pelaksanaan takwim memerlukan piawaian yang boleh digunakan oleh semua pihak kerana ia berdasarkan kajian, analisis dan catatan yang telah direkodkan,”ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 07 2021
Muhamad Zakuwan (kiri) ketika majlis penutup program Bulan Falak Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan secara dalam talian. -Foto Sinar Harian
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak
Kapal KD Teguh Samudera yang digerakkan ke lokasi terbabit mengusir semua nelayan itu kembali ke perairan Indonesia.
Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022
Lokasi pulau itu dipilih kerana ia bertepatan dengan kebolehan penampakan hilal semasa.
Tiga bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM
Tiga bot nelayan Indonesia berjaya diusir Kapal Tentera Laut Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah selepas memasuki perairan negara di 26 batu nautika selatan berhampiran Pulau Perak.
Pencarian anggota tentera hilang dipergiat sebaik ada petanda baharu
Usaha mencari dan menyelamat dua anggota tentera Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berasal dari Sarawak yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai akan dipergiatkan.
Tentera Darat teruskan usaha cari anggota tentera hilang di Pulau Perak
Mohamad menjelaskan, meskipun terdapat permintaan dari keluarga mangsa agar operasi pencarian di laut dijalankan semula, ia bergantung kepada wujudnya tanda baharu bagi membolehkan ia dijalankan.
Operasi mencari dua anggota tentera diperhebat
Usaha mencari dan mengesan dua anggota tentera dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) dilaporkan hilang ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak, Kedah semenjak Jumaaat.
Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan pada 1.20 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang.
Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak
Mayat Mohd Faizol dijumpai Paskal kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.
Tentera hilang dalam laut di Pulau Perak
Menurut kenyataan Markas Tentera Darat, kedua-dua anggota tersebut dilaporkan terjatuh ke dalam laut sekitar jam 4.40 petang Isnin.
Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, dekat Kedah
Helikopter Nuri Tentera Diraja Malaysia melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak setelah mengalami masalah teknikal.