GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang mengadakan bengkel bersama pemegang taruh untuk memuktamadkan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang berikutan terdapat sedikit pindaan pada pelan asal.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bengkel itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi supaya kerja-kerja seterusnya melibatkan projek infrastruktur transformatif itu dapat dijalankan.
"Hari ini (Khamis) MRT Corporation telah memberi taklimat kepada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri berhubung projek LRT... setelah keputusan Jemaah Menteri (meluluskan projek LRT), MRT Corporation telah lakukan kerja-kerja teknikal dan mencadangkan sedikit pindaan pelan asal SRS Consortium serta penyambungan (LRT) ke Penang Sentral.
"Mesyuarat terima taklimat itu dan sebagai maklum balas, kerajaan negeri mencadangkan satu bengkel melibatkan pemegang taruh berkaitan diadakan untuk memuktamadkan jajaran kerana ada sedikit pindaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Selamat Hari Raya Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor, di sini, malam tadi.
Chow juga berkata, jajaran itu perlu dimuktamad supaya kerja-kerja lain termasuk pengambilan tanah, memuktamad reka bentuk dan lokasi stesen boleh dilakukan.
Beliau berkata, beberapa jawatankuasa kerja membabitkan kerajaan negeri, MRT Corp dan agensi lain yang berperanan memantau perjalanan projek itu akan dibentuk bagi meneliti perkara-perkara teknikal supaya ia dilaksanakan mengikut jadual.
Chow turut menzahirkan penghargaan kepada MRT Corp atas input yang sangat berharga meliputi pelbagai aspek seperti operasi dan penyelenggaraan, pelaburan kontraktor awal, lintasan jambatan terpendek, depoh bersepadu serta kos projek terendah.
Pada 29 Mac lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dengan MRT Corporation dilantik sebagai pemaju dan pemilik aset.
Perolehan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1 iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kerja-kerja untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2 iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral dan kontrak 'turnkey' kerja-kerja sistem dan gerabak secara bina-selenggara-pindah (BMT).
- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
![Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714684717_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kon Yeow bercakap pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jagdeep Singh Deo di Balai Rakyat Jalan Patani, George Town, malam tadi. - Foto BERNAMA
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736560491_MajlisPecahTanah.jpg)
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, George Town, pada 11 pagi ini.
![LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731317366_AnthonyLoke.jpg)
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.
![Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714684717_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
![Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916841_komtar.jpg)
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
![Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711948668_LRTjpg.jpg)
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
![Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024 Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700542784_TBBELANJAWAN.jpg)
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
![MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691854365_ChowKonYeow.jpg)
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
![Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685447800_TBanthony.jpg)
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
![MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681710787_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke
Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan agensiberkaitan dijangka mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan model pembiayaan projek LRT Pulau Pinang.
![Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662455452_ChowKonYeow.jpg)
Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri
Sekalipun sudah beberapa kali kerajaan Persekutuan tolak laksana LRT, kerajaan negeri tidak akan berputus asa kemuka permohonan.