GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata Jabatan Kewangan Negeri akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu khususnya mengenai penambahan perbelanjaan atau emolumen sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kita perlu melihat keadaan kewangan setiap negeri. Memang kita perlu menyediakan bajet sekiranya dilaksanakan di peringkat negeri juga. Saya percaya akan menjadi cabaran kepada sesetengah negeri untuk menampung perbelanjaan tambahan ini," katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini dengan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam juga mencapai melebihi RM2,000 sebulan.
Sementara itu dalam perutusan sempena Hari Pekerja, Chow berkata kerajaan negeri akan menumpukan perhatian dalam usaha menjadikan Pulau Mutiara sebagai destinasi perdagangan antarabangsa terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor, bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Dengan rekod prestasi negeri yang lebih kukuh dari segi dasar dan fasiliti pelaburan, beliau yakin negeri berkenaan yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur akan terus berpotensi menjadi destinasi pilihan pelabur berkualiti serta bernilai tinggi.
"Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) bagi suku keempat 2023, Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran dua peratus dan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) sebanyak 73.3 peratus sekali gus membuktikan masyarakat negeri ini merupakan golongan yang rajin berusaha serta optimis menambah baik taraf kehidupan masing-masing," katanya.
Tahun lepas, Pulau Pinang merekodkan aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion, tertinggi di Malaysia, selain memudah cara pelaburan sebanyak RM13.67 bilion serta lebih 14,000 peluang pekerjaan menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Chow terlebih dahulu khususnya mengenai penambahan perbelanjaan atau emolumen sebelum membuat sebarang keputusan. - Gambar fail/Bernama
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.