GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata menurut pandangan pakar, cadangan tersebut boleh dilaksanakan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan atau perubahan polisi oleh Perdana Menteri serta mendapat persetujuan semua negeri di Malaysia.
"Kita mahu melihat satu perubahan dari segi perkongsian hasil dengan Kerajaan Persekutuan...saya tidak tahu cadangan saya akan dipandang serius atau tidak kerana Kerajaan Pusat pun hadapi kekangan kewangan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Beliau menjawab soalan Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) mengenai sumbangan pelaburan langsung asing (FDI) kepada Kerajaan Persekutuan dan tindakan kerajaan negeri dalam momohon hasil cukai bagi pembangunan infrastruktur negeri.
Chow berkata cadangan tersebut akan dibincangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.
Semalam, beliau memohon Kerajaan Persekutuan agar mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri supaya mewujudkan ruang untuk melaksanakan program dan projek pembangunan dengan lebih berkesan.
Sementara itu Chow memaklumkan kerajaan negeri menguatkuasakan strategi pengurangan unjuran defisit bajet negeri 2024 melalui langkah-langkah kawalan dalaman dan penjimatan dalam perbelanjaan tanpa menjejaskan program atau projek berimpak kepada rakyat.
"Berdasarkan belanjawan negeri yang telah dibentang dan diluluskan DUN pada November 2023, kerajaan negeri menjangkakan defisit sebanyak RM514.52 juta memandangkan hampir 60 peratus komponen perbelanjaan mengurus adalah melibatkan pemberian dan kenaan bayaran tetap," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pulau Pinang tiada perancangan meminda Perlembagaan Negeri untuk mewujudkan penggal tetap DUN selama lima tahun.
Katanya proses pembubaran DUN terletak di bawah kuasa Yang Dipertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perlembagaan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
![Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716274889_ChowKonYeowKetua.jpg)
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata menurut pandangan pakar, cadangan tersebut boleh dilaksanakan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737458442_AzamBaki.jpg)
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
![Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737553504_vape.jpg)
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.
![Pelarasan gaji penjawat awam, LHDN jangka pembayar cukai bertambah Pelarasan gaji penjawat awam, LHDN jangka pembayar cukai bertambah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724050309_tbMenaraHasil.jpg)
Pelarasan gaji penjawat awam, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
LHDN menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
![Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716274889_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
![Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716958708_TBChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
![Malaysia perlu sasaran hasil yang tepat - Bank Dunia Malaysia perlu sasaran hasil yang tepat - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696239076_DrApurvaSanghi.jpg)
Malaysia perlu sasaran hasil yang tepat - Bank Dunia
Kutipan cukai Malaysia telah menurun sejak beberapa tahun, mendorong kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan hasil.
![LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704772110_TBANWARIBRAHIM.jpg)
LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negara.
![Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701756190_TBStevenSim.jpg)
Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta
Jumlah kutipan cukai daripada Program Khas Pengakuan Sukarela mencecah RM128.85 juta setakat 31 Okt, 2023.
![LHDN jangka sasaran kutipan cukai RM185 bilion dapat dicapai LHDN jangka sasaran kutipan cukai RM185 bilion dapat dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823804_AhmadMaslan.jpg)
LHDN jangka sasaran kutipan cukai RM185 bilion dapat dicapai
LHDN dijangka mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah RM185.02 bilion untuk 2023.
![Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176 bilion dapat dicapai - LHDN Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176 bilion dapat dicapai - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677238390_LHDN.jpg)
Kutipan cukai tunjuk trend positif, yakin sasaran RM176 bilion dapat dicapai - LHDN
Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.