GEORGE TOWN: Lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang minggu depan sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut, Khamis ini.
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP), RSN Rayer berkata sambutan tiga hari bermula Rabu ini turut membawa kelainan apabila buat julung kalinya kedua-dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak akan berarak bersama ke kuil di Jalan Kebun Bunga, sebagai tanda perpaduan.
"Kita menggelarkan Thaipusam kali ini sebagai 'Thaipusam Perpaduan' kerana ini kali pertama kedua-dua pedati akan bergerak hampir bersama-sama, iaitu hanya kira-kira satu kilometer antara satu sama lain dan berharap dapat sampai ke kuil pada jam 11 malam.
"Kita juga akan cuba untuk mengkoordinasikan pergerakan lebih cepat kerana tidak mahu berlaku seperti beberapa tahun lepas yang mana perarakan mengambil masa selama hampir 24 jam untuk sampai ke kuil disebabkan kelewatan pedati emas," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang mengadakan lawatan program Kesuma MADANI bersempena sambutan Thaipusam di Kuil Waterfall Hill di Jalan Kebun Bunga, di sini, pada Ahad.
Katanya, sebanyak 150 'thaneer panthal' atau khemah pengedaran makanan dan minuman percuma turut didirikan di sepanjang laluan perarakan ke kuil.
Rayer berkata, pedati emas akan bergerak dari kuil di Lebuh Queens pada jam 5.30 pagi, Rabu ini diikuti pedati perak sejam kemudian dari kuil di Lebuh Penang dengan kedua-dua pedati akan kembali ke kuil masing-masing pada Jumaat ini.
Rayer dalam pada itu berkata, Thaipusam bukan saja disambut oleh penganut Hindu tetapi turut diraikan bangsa lain seperti Cina selain menjadi tumpuan pelancong asing.
Sehubungan itu, beliau meminta kepada mereka yang terlibat supaya tidak melakukan perkara yang boleh mencemarkan upacara keagamaan itu serta seperti meminum minuman beralkohol atau menyalakan mercun.
"Kita juga merayu supaya jangan parkir kenderaan sesuka hati kerana ia boleh menimbulkan masalah sekiranya berlaku kecemasan dan untuk lebih mudah boleh gunakan kenderaan awam kerana kerajaan juga sebelum ini telah mengumumkan memberikan perkhidmatan bas dan feri secara percuma bersempena Thaipusam," katanya.
Disamping itu juga, beliau turut menyarankan pemakaian pelitup muka terutama bagi mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas selain menggalakkan mereka untuk datang lebih awal bagi melakukan upacara keagamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Buat julung-julung kalinya kedua-dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak akan berarak bersama ke kuil di Jalan Kebun Bunga. - Gambar hiasan/Astro AWANI/Shahir Omar
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
ASEAN 2025: Mohamad Hasan pengerusikan Pemukiman AMM di Langkawi
Mesyuarat ini merupakan acara pertama dalam kalendar tahunan ASEAN bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.