BUTTERWORTH: Pulau Pinang akan menguatkuasakan semula Dasar Pengasingan Sisa di Punca mulai Julai tahun depan bagi membantu mengurangkan kos pengurusan sisa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jason H'ng Mooi Lye berkata dasar itu pernah dikuatkuasakan selama tiga tahun bermula 2017, namun terhenti disebabkan COVID-19 pada 2020.
Beliau berkata sudah tiba masanya dasar itu dikuatkuasakan semula ke arah mencegah pencemaran alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem, di samping mengurangkan penjanaan sisa di tapak pelupusan sampah.
"Dalam hal ini, saya minta kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengingatkan semula orang awam mengenai dasar ini serta kepentingannya sebelum ia dikuatkuasakan pada Julai 2024.
"Kita tetapkan Januari hingga Jun sebagai fasa mendidik dan kedua-dua PBT, Ahli Majlis dan NGO boleh bantu sebarkan informasi menerusi platform media sosial masing-masing, selain program turun padang kerana saya percaya ramai dalam kalangan kita sudah lupa (melakukan pengasingan sisa)," katanya selepas merasmikan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) Ampang Jajar di sini, hari ini.
Sementara itu, mengenai pembangunan ISWMC Jason berkata, projek itu adalah yang pertama di Malaysia menggunakan sampah domestik sebagai bahan utama untuk menghasilkan metana di dalam anaerobic digester (AD) atau pencerna anaerobik.
"Dianggarkan fasiliti ini dapat memproses 1,200 tan sampah sehari dan akan mencapai kapasiti maksimum menjelang tahun 2040," katanya.
Tambah beliau kewujudan ISWMC juga membolehkan sisa domestik yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung (TPSPB) dikurangkan sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat tapak itu.
Selain pembinaan ISWMC, pembinaan Depoh Pembersihan Ampang Jajar dan Pejabat Operasi Jabatan Landskap di atas sebahagian tanah di situ menunjukkan komitmen MBSP untuk menambah baik perkhidmatan perbandaran sedia ada, selain memberi nafas baharu kepada Jabatan Landskap MBSP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Sudah tiba masanya dasar itu dikuatkuasakan semula ke arah mencegah pencemaran alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem, di samping mengurangkan penjanaan sisa di tapak pelupusan sampah. - Gambar hiasan
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.
Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.
Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.
Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.