GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang dalam usaha mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan Jepun untuk menjalankan kajian mengenai penerbangan terus antara negeri itu dan bandar-bandar di Jepun.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata inisiatif yang diambil itu adalah untuk mengadakan jalinan dengan syarikat penerbangan Jepun selain mengenal pasti laluan penerbangan baharu bagi membantu negeri itu mengambil peranan lebih besar dalam membawa pelabur asing ke wilayah utara Malaysia.
"Saya komited untuk meneroka segala usaha untuk menjadikannya satu realiti. Jepun, khususnya, dikenal pasti sebagai pasaran yang baik, dengan ekonomi yang kukuh dan berkembang serta industri pelancongan yang berkembang maju.
"Dijangka, laluan penerbangan baharu Pulau Pinang-Jepun boleh menyumbang kepada sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mencapai ketibaan 16.1 juta pelancong asing tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Yeoh berkata sejak Jepun membuka sempadannya pada Oktober lepas, penumpang dari Jepun semakin meningkat sejak enam bulan lepas dengan jumlah 4,369 penumpang.
Beliau berkata inisiatif itu akan melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan pengantara perjalanan untuk mengenal pasti laluan baharu termasuk dari Jepun dan wilayah luar negara lain yang boleh ditambah kepada rangkaian sedia ada Pulau Pinang.
"Saya yakin kebanjiran pengunjung Jepun akan terus bertambah memandangkan aktiviti pelancongan semakin meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Sejak Jepun membuka sempadannya pada Oktober lepas, penumpang dari Jepun ke Pulau Pinang semakin meningkat sejak enam bulan lepas. - Gambar hiasan
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.
Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.
Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh hab udara serantau
Penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang menggunakan syarikat Penerbangan IndiGo, yang bermula hari ini, meningkatkan ketersambungan.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.