GEORGE TOWN: Puluhan rumah di beberapa kawasan di bahagian pulau, Pulau Pinang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda negeri itu tengah malam tadi namun setakat ini tiada pusat pemindahan banjir (PPS) yang dibuka.
Hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak 10 malam tadi sebelum berhenti kira-kira dua jam kemudian dan hujan kembali lebat pada 3 pagi hingga 10 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata pihaknya menerima maklumat puluhan rumah di kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan George Town dinaiki air namun tiada penduduk yang dipindahkan.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan rumah yang dinaiki air kira-kira 30 hingga 50 sentimeter dan ketika ini Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan terlibat telah turun padang untuk memantau serta memberi bantuan kepada penduduk terlibat.
"Sehingga 10 pagi ini, kebanyakan air di kawasan yang dilanda banjir kilat telah surut dan kita bernasib baik kerana semua rumah pam di lokasi terlibat beroperasi dengan baik," katanya ketika dihubungi, di sini hari.
Phee berkata ketika ini kerajaan negeri juga sedang memantau cuaca di seluruh Pulau Pinang terutama lokasi yang berpotensi berlaku banjir kilat.
"Dari segi kesiapsiagaan, semua pihak telah bersiap sedia jika berlaku banjir atau banjir kilat di Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Naran, Batu Maung Mohd Razak Abdul Hashim, 42, berkata hujan lebat di kawasannya sejak pukul 10 malam namun air mula naik di kediamannya selepas hujan lebat semula kira-kira 3.30 pagi.
"Ketika itu, kami sedang tidur dan isteri kejut kata air masuk dalam rumah, saya terus bangun dan angkat barang-barang elektrik ke tempat tinggi..air naik dengan cepat sebab hujan lebat, tapi dalam pukul 9 pagi air telah surut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Di KANGAR, tiga kawasan di Kampung Sentua, Kampung Seriab dan Kampung Bakau dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Perlis sejak semalam.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis berkata APM Perlis telah melakukan pemantauan di kawasan 'hotspot' dan sungai yang berada pada tahap 'kuning' (status berjaga-jaga) di sekitar Perlis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan dan kecemasan boleh hubungi talian 04 977 7991 / 04 977 8991(Mers APM Perlis / kecemasan) atau 04 976 0991 (Bilik gerakan Pengurusan Bencana APM Perlis)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tinjauan Bernama di Titi Chai, Kangar mendapati air naik paras buku lali dan orang ramai telah mula memindahkan barang berharga di tempat tinggi.
Difahamkan belum ada Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Ketika ini, kerajaan negeri sedang memantau cuaca di seluruh Pulau Pinang terutama lokasi yang berpotensi berlaku banjir kilat. - Foto Sinar Harian

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.

Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.