KUALA TERENGGANU: Punca kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina di sini, hanya akan dapat diketahui selepas siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selesai sekurang-kurangnya dua hari lagi.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri Hanafiah Mat berkata jumlah kerugian sebenar kebakaran yang melibatkan 12 buah rumah kedai itu, juga masih dalam siasatan.
"Untuk bantuan awal, hari ini kerajaan sampaikan bantuan wang tunai RM1,000 kepada setiap mangsa (ketua isi rumah) dan selepas ini kita akan lihat apakah bantuan bersesuaian yang boleh disalurkan kepada semua mangsa terlibat.
"Sebahagian premis yang terlibat dibina atas tanah kerajaan, jadi kita kena tengok apa bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini, hari ini.
Menurutnya, kebiasaannya mangsa kebakaran yang mempunyai tanah sendiri layak menerima bantuan membina semula rumah bernilai RM60,000, manakala bagi mereka yang tidak memiliki tanah akan diberi sumbangan sebanyak RM25,000.
"Disebabkan kebanyakkan mangsa juga adalah peniaga, kita akan berbincang dengan majlis bandaraya untuk cari tapak sementara, untuk mereka meneruskan perniagaan," katanya.
Hanafiah berkata lagi, peniaga yang terlibat dengan kejadian itu juga boleh cuba memohon bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terenggamu (YPU).
Dalam kejadian malam tadi, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 10 jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran 12 rumah kedai di Jalan Bandar, Kampung Cina yang antaranya melibatkan kedai kain, kedai makan, kedai emas dan rumah penginapan.
Dalam kejadian itu juga, difahamkan empat keluarga yang menginap di deretan rumah kedai berkenaan tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan susulan api marak dengan cepat.
Pihak bomba memaklumkan terdapat sedikit kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana faktor cuaca yang berangin, menyebabkan api mudah merebak selain struktur bangunan yang sebahagiannya kayu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Dalam kejadian malam tadi, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 10 jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran 12 rumah kedai di Jalan Bandar, Kampung Cina. - Foto Astro AWANI

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Deretan rumah kedai di Kampung Cina Kuala Terengganu terbakar
Deretan 12 buah rumah kedai termasuk sebuah kedai emas di Jalan Kampung Cina di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.