JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, di sini, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram atau pelepasan buangan terjadual di mana-mana premis di sekitar kawasan tersebut.
Pengarahnya Mohd Famey Yusoff berkata pemantauan yang dilakukan pasukan penyiasat JAS bersama Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBJB) turut mendapati kualiti udara serta sampel yang diambil daripada tali air serta sungai di kampung tersebut adalah normal.
Justeru, beliau berkata pihaknya belum mengenal pasti punca pencemaran itu dan siasatan di lapangan diteruskan.
"JAS masih belum dapat kenal pasti punca menerusi siasatan yang kita lakukan menggunakan dron bagi mengesan sekiranya ada pelupusan haram atau di kilang-kilang ada pelepasan. Bagaimanapun, siasatan dan pemantauan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Mohd Famey berkata pihaknya turut melakukan siasatan terhadap sebuah kilang haram memproses minyak masak terpakai di kampung tersebut, yang pada awalnya disyaki terlibat dalam kes pencemaran itu, berdasarkan penemuan beberapa tong ketika pemantauan.
Beliau berkata bagaimanapun kilang itu didapati tidak terlibat berikutan tiada kesan pelupusan haram atau pelepasan buangan terjadual ditemui, serta tali air berdekatan premis tersebut tidak berhubung dengan sungai.
Dr Mohd Famey berkata MBPG telah mengambil tindakan menyita kilang terbabit semalam kerana beroperasi secara haram.
Selasa lepas, seramai 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin sekolah tersebut mengalami pening dan muntah selepas terhidu suatu bau sekitar 3 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

JAS belum mengenal pasti punca pencemaran itu dan siasatan di lapangan diteruskan. - Foto JBPM

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram dikaji, bentuk profil tangani fahaman ekstremisme - Saifuddin
Polis akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi membendung penyebaran fahaman ekstremisme di negara ini bagi mengelak berulangnya insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di Johor.

Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.

Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.

Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.

Ahli perniagaan rugi RM680,276 akibat projek perumahan tidak wujud
Wanita berusia 42 tahun itu berkata suspek yang juga seorang wanita mendakwa projek itu dilaksanakan di Ulu Tiram, Johor.

Langgar SOP PKP ketika urus jenazah: 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun
Mengikut Majlis Keselamatan Negara, bilangan kehadiran ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 orang sahaja.

Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditinggal dalam kereta oleh nenek
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lepas.

Lelaki maut 'mesin steamer' meletup di pasar raya
Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.

Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri
Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.

'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.