Puntung, badak Sumatera betina yang menghidap kanser sel skuamus atau kanser kulit, diberi suntikan eutanasia (memberikan ubat untuk mempercepatkan proses kematian bagi menamatkan kesengsaraan) pagi tadi di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga berkata penjaga Puntung, Wilson Kuntil, Hassan Sani dan Samad Gubin telah tidur bersama-sama Puntung dalam padok hutannya, bagi memastikan haiwan itu di bawah pengawasan sepanjang masa.
"Karsinoma itu telah semakin membesar dari segi saiz dan terdapat tanda-tanda jelas Puntung mengalami kesukaran bernafas yang ketara.
"Dalam rundingan dengan penasihat pembiakan badak kami di Institut Penyelidikan Zoologi dan Hidupan Liar Leibniz, Berlin, dan pihak lain, keputusan dibuat untuk menamatkan ketidakselesaannya, dan awalkan tarikh prosedur itu. Sebelum ini kami rancang pada 15 Jun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tuuga berkata dalam usaha mencapai matlamat untuk menyumbang kepada kelangsungan spesiesnya, ovari Puntung dihantar dengan segera ke Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, Serdang.
"Pada masa sama, pakar pembiakan Indonesia Prof Arief Boediono datang dari Jakarta, bersedia untuk mendapatkan apa-apa sel telur yang mungkin wujud.
"Jika oosit boleh dikeluarkan dan matang, sperma beku daripada badak jantan Tam akan dicairkan untuk suntikan sperma intrasitoplasma oleh Prof Arief. Kita akan tahu keputusannya dalam beberapa hari lagi," katanya.
Puntung menderita sejak pertengahan Mac lepas apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, yang tidak akan sembuh walaupun mendapat rawatan.
Badak betina ini menarik perhatian dunia pada April lepas kerana menjalani pembedahan pergigian di bawah kendalian sekumpulan pakar daripada pelbagai negara, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.
Puntung adalah satu daripada tiga ekor badak Sumatera di negara ini, dan sekarang hanya tinggal dua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2017
![Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492616649_Puntung.jpg)
Puntung sewaktu dalam jagaan di Lahad Datu. - Gambar fail
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
![Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739268222_keslemas.jpg)
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
![Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana? Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492616649_Puntung.jpg)
Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana?
Kepupusan yang melanda spesies dengan nama saintifik Dicerorhinus sumatrensis itu juga merupakan contoh jelas tentang kesan perbuatan manusia.
![Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558939580_badaksumbuSumatera.jpg)
Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam.
![Zoo Negara perlu bergerak ke hadapan - Xavier Zoo Negara perlu bergerak ke hadapan - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558978779_ZooNegara.jpg)
Zoo Negara perlu bergerak ke hadapan - Xavier
Beliau berkata sejak penubuhannya Zoo Negara berada dalam keadaan baik, cuma dari segi kewangan tidak begitu memberangsangkan kerana banyak bergantung kepada jualan tiket dan penaja.
![Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman? Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492616649_Puntung.jpg)
Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
PERNAH dengar nama Tam dan Iman? Mereka tidak popular seperti nama-nama selebriti tanah air atau artis K-pop yang menjadi kegilaan ramai.
![Puntung jalani pembedahan buang nanah di rahang atas Puntung jalani pembedahan buang nanah di rahang atas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492616649_Puntung.jpg)
Puntung jalani pembedahan buang nanah di rahang atas
Doktor pergigian veterinar dari Thailand, Dr Tum Chinkangsadarn melakukan pembedahan itu yang mengambil masa dua jam 20 minit di Santuari Badak Borneo di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin.