KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) meneruskan misinya untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan menganjurkan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Pensiangan di Dewan Terbuka Nabawan, Sabah.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 17 hingga 18 September itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Jelasnya, program yang pertama kali dianjurkan di Negeri di Bawah Bayu itu bertemakan “Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia” dengan berpaksikan tiga teras Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
“Penganjuran program itu adalah bagi menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia, sekali gus menjadi platform integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama.
“Di samping itu, kita turut berharap agar lebih banyak program Semarak Uniti Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan di seluruh negara di masa akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Terdapat pelbagai pertandingan, pameran dan aktiviti telah diatur untuk masyarakat setempat termasuk Pameran Rumah KAMI Keluarga Malaysia yang mempamerkan kelainan iaitu Rumah Kaum Kadazan, Kaum Bajau, Kaum Brunei, Kaum Murut, Kaum Rungus, Kaum Cina dan Kaum India.
Selain itu, para pengunjung juga boleh mencuba pelbagai makanan tradisi yang disediakan oleh setiap Rumah KAMI ketika pameran berlangsung.
Pada majlis itu, Halimah turut melancarkan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga (RT4ALL) di Kg. Karanaan, Sook, Sabah.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmy Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Kang Tong Hum dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Norison Ramli.
Mengulas lanjut Halimah berkata, pihaknya menetapkan empat gerak kerja utama iaitu Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT Selamat, Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah, dan Gerak Kerja KRT Sihat.
Susulan itu katanya, KPN telah menyampaikan 340 kotak RT Cares kepada penduduk B40 daripada 34 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di sekitar Nabawan.
“Manakala setiap KRT dari Parlimen Pensiangan pula menerima mesin pemotong rumput bagi pelaksanaan aktiviti gotong-royong Gerak Kerja Bersih dan Indah di kawasan masing-masing,” katanya.
Sementara itu Halimah berkata, terdapat sebanyak 117 KRT di Parlimen Pensiangan meliputi tiga daerah iaitu Daerah Keningau, Daerah Nabawan dan Daerah Sook Kecil.
“Negeri Sabah juga mempunyai bilangan KRT kedua terbanyak selepas Selangor di Seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,069 KRT. Sehingga kini, terdapat sebanyak 8,330 KRT di seluruh negara,” katanya.
Selain itu, Halimah turut berkesempatan melawat AJK Jiran Wanita, Rita Sanin yang lumpuh sejak tahun 2020 untuk membantu meringankan bebannya dengan memberi barangan keperluan harian serta sumbangan wang tunai.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sun Sep 18 2022

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Pensiangan, Sabah.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI

'Jadi ejen perpaduan’ - Nasihat PM kepada trio DJ Era FM
Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan. Itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada tiga penyampai radio Era FM.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kebebasan bersuara perlu diamalkan secara bertanggungjawab, elakkan provokasi - Lee
Kebebasan bersuara merupakan hak asasi yang perlu diamalkan secara bertanggungjawab, kerana penyalahgunaannya boleh menjejaskan nilai demokrasi.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.