Sering kali menjadi mangsa nahas jalan raya, populasi Tapir Malaya di negara ini berdepan ancaman.
Antaranya pembangunan pesat yang mengakibatkan habitat mereka terjejas.
Menurut Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti, Jabatan Perhilitan, Salman Saaban, kes nahas jalan raya melibatkan haiwan itu didapati semakin meningkat.
Berdasarkan rekod, katanya terdapat 32 ekor tapir dilanggar dalam tempoh lima tahun sehingga 2015.
"Secara purata bermula 2006-2013 purata Tapir yang dilanggar dalam 5-6 ekor setahun tetapi pada 2014, sebanyak 13 ekor tapir direkodkan telah mati dilanggar kereta, lori dan kenderaan. Trend peningkatan itu menujukkan habitatnya semakin terancam dan diganggu,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Warna hitam-putih menjadi keunikan spesis Tapir Malaya
BACA: 5 fakta menarik mengenai 'tembikai bergerak' hutan
Beliau berkata, akibat habitat yang terjejas, tapir ini berkeliaran di kawasan tepi jalan untuk keluar mencari makanan.
Katanya, populasi tapir paling terancam yang dikenal pasti termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Johor.
"Tapir dia akan keluar ke kebun-kebun penduduk untuk mencari makanan disebabkan habitatnya di dalam hutan telah diganggu," katanya.
Bagi mencegah tapir daripada menjadi mangsa nahas jalan raya, Jabatan Perhilitan mengambil langkah meletakkan papan tanda khas di lokasi 'hotspot' lintasan hidupan liar.
Selain itu, Salman berkata, pembinaan laluan hidupan liar di beberapa kawasan koridor ekologi seperti di Sungai Deka, Hulu Terengganu, Sungai Yu, Kuala Lipis dan di Gerik, Perak diharapkan dapat mengurangkan risiko tapir mati dilanggar kenderaan.
"Dengan adanya viaduct, hidupan liar termasuk tapir boleh melintasi jalan dengan selamat," katanya.
Tapir Malaya, bukan hanya spesies tapir yang unik di Malaysia, menurut Salman, tapir juga memainkan peranan penting dalam ekosistem iaitu sebagai agen penyebaran biji benih di dalam hutan.
Tapir Malaya (Tapirus indicus) merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan dikategorikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Populasi Tapir Malaya di Malaysia dianggarkan sekitar 1,100 hingga 1,500 ekor dan ia hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia.
Tan Su Lin
Sun Dec 06 2015
![Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449398878_TapirMatiDilanggar.jpg)
Menurut Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti, Jabatan Perhilitan, Salman Saaban, kes nahas jalan raya melibatkan haiwan itu didapati semakin meningkat. - Gambar Fail
Kerajaan Sarawak memiliki 100 peratus AirBorneo
Kerajaan Sarawak kini memiliki 100 peratus syarikat penerbangan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo termasuk kakitangan serta aset di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan Malaysia, Razak baginda diperintah bayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi kukuh - SPRM
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan secepat mungkin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
![Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
DOJ beri jaminan bahawa ia tetap komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan ketat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623706758_PerhilitanJohorram.jpg)
Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam
Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot.
!['Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara 'Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622692091_Tigaekorgajahlia.jpg)
'Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara
Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai turut digunakan bagi membantu kelancaran pemindahan tiga ekor gajah itu.
![Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600117777_Anakgajah.jpg)
Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing
Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
![Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51553429854_buaya.jpg)
Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan
Pengarahnya Salman Saaban berkata ia tidak mustahil selepas mengambil kira laporan serta kajian kehadiran populasi buaya di sembilan sungai negeri ini sebelum ini.
![Punca sebenar gajah mati di Kluang diketahui tiga bulan lagi Punca sebenar gajah mati di Kluang diketahui tiga bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561308307_gajah.jpg)
Punca sebenar gajah mati di Kluang diketahui tiga bulan lagi
Daripada siasatan awal pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), tiga gajah terbabit mati akibat termakan racun.
![Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449398878_TapirMatiDilanggar.jpg)
Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam
Berdasarkan rekod, terdapat 32 ekor tapir dilanggar dalam tempoh lima tahun sehingga 2015.