KEPALA BATAS: Projek Pusat Arkeologi Guar Kepah di sini memasuki fasa akhir pembinaan dengan 98 peratus siap dan dijangka dibuka kepada umum pada akhir tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai.
Beliau berkata projek di atas tapak arkeologi Guar Kepah seluas 0.97 hektar itu dijangka siap akhir suku kedua tahun ini, namun hanya akan dibuka akhir tahun dengan mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
"Projek ini telah dimulakan pada 14 Nov 2022 dan setakat ini telah 98 peratus siap. Ketika ini hanya tinggal sedikit saja lagi untuk diselesaikan melibatkan kerja-kerja dalaman dan luaran selain susun atur ruang pameran untuk menempatkan rangka berkenaan.
"Pada masa akan datang Pusat Arkeologi Guar Kepah ini akan menjadi antara tarikan utama dalam laluan pelancongan yang baharu dan berkembang di kawasan utara Semenanjung Malaysia," katanya pada sidang media selepas meninjau kemajuan projek itu di sini hari ini.
Beliau berkata ia bakal menempatkan khazanah rangka manusia Guar Kepah dikenali sebagai 'Penang Women' berusia lebih 5,000 tahun yang ditemui pada 2017, sebagai bahan pameran utama di pusat berkenaan.
Selain itu, 41 lagi rangka manusia yang dijumpai di Guar Kepah ketika ekskavasi P.V van Stein Callenfels pada 1936 yang kini disimpan di Leiden, Belanda sedang dalam usaha untuk dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia bagi membolehkan ia disimpan dan dipamerkan di pusat arkeologi tersebut.
Wong yakin usaha membawa pulang kesemua rangka itu dapat direalisasikan tidak lama lagi sebaik pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah itu siap kelak.
Menurutnya perbincangan telah dibuat antara Jabatan Warisan Negara dengan kedutaan Belanda baru-baru ini dan difahamkan kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Belanda termasuk terma serta syarat sebelum menandatangani surat persetujuan bagi proses memindahkan kesemua rangka itu ke Guar Kepah.
Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan Pusat Arkeologi Guar Kepah melibatkan pembinaan dua tingkat beronsepkan 'archaeo-edu-tourism' merangkumi ruang pameran interaktif, dewan seminar, tapak timbunan cengkerang, ruang pentadbiran dan kemudahan pengunjung seperti surau, tandas, kafe serta kiosk cenderamata.
Menurut Wong sebuah ruang makmal penyelidikan serta ruang simpanan artifak dan rangka turut disediakan sebagai pusat penyelidikan dan pemuliharaan rangka serta artifak arkeologi.
Tapak Arkeologi Guar Kepah merupakan tapak Bukit Cengkerang Kepah yang mendedahkan bukti masyarakat prasejarah Neolitik di Pulau Pinang yang berusia sekitar 5,000 hingga 6,000 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah. - Bernama
AWANI Ringkas: Genjatan senjata Israel-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU | Penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar bertemu pemimpin EU untuk perkukuh hubungan Malaysia-EU, kerjasama serantau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di sini pada Isnin.
KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata krisis yang sebenar dihadapi dunia sebenarnya terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim. Jelasnya, pemimpin perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI0 dan inovasi dalam menangani isu alam semasa. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [20/1/2025] - Tidak akan tarik laporan | Lubuk 'scammer' | Jurusolek disyaki cabul pelanggan | Keluar neraka, kini di 'syurga'
- Isteri lelaki OKU dipukul tidak maafkan pelaku, harap tindakan tegas
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
Nilai semula penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi, AI – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) perlu diberi penilaian semula agar tidak memberi kesan parah kepada alam. Jelasnya, keseimbangan perlu dicari antara meneruskan usaha pembangunan dan langkah-langkah kelestarian dalam mengejar kemajuan. #AgendaAWANI
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global. Jelasnya, ini merupakan tindakan awal untuk memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam isu berkenaan diperingkat ASEAN. #AgendaAWANI
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.