GEORGE TOWN:Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
"Kita juga akan bincangkan dengan jabatan kesihatan negeri, jika tapak Pesta Pulau Pinang memenuhi syarat, untuk dijadikan pusat risiko rendah COVID-19," katanya kepada pemberita selepas program sumbangan makanan di Lebuh Klang di sini hari ini.
Chow berkata, pada masa ini Pulau Pinang mempunyai dua pusat risiko rendah (di luar penjara) iaitu Kompleks Sukan Balik Pulau dengan 432 katil dan Kompleks Masyarakat Penyayang (150 katil).
"Pusat risiko rendah COVId-19 di penjara reman Pulau Pinang telah ditutup, kerana tiada lagi kes melibatkan penghuni penjara, sementara pusat risiko rendah COVID-19 di Seberang Perai, Jawi masih beroperasi, kerana masih terdapat beberapa pesakit COVID-19 ditempatkan di situ," katanya lagi.
Sementara itu Chow berkata, terdapat keperluan untuk menyediakan satu lagi pusat risiko rendah COVID-19 di Pulau Pinang berikutan indikasi peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan pelaksanaan ujian saringan yang dilaksanakan terhadap pekerja asing dan kontak rapat mereka.
"Ketika kita berharap yang kes COVID-19 akan dapat dikekang, ia masih lagi perlu untuk mempunyai indikasi awal COVID-19 dan lebih banyak ujian saringan perlu dilaksanakan," sambil menambah 103 kes COVID-19 telah dikenal pasti di Pulau Pinang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Golongan komuniti B40 membawa makanan yang diedarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Pusat Kawan, Lebuh Klang hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.

Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.

Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco
Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini.

P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.

Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berusaha memuktamadkan senarai anggota Exco negeri dalam minggu ini juga.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.

Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.

Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak
Negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya.