Semua pusat penjagaan kebajikan perlu memperbaharui pendaftaran pusat jagaan mengikut status semasa penghuninya, sama ada dihuni golongan dewasa atau kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata perubahan pada penghuni pusat jagaan itu perlu dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Rohani memberikan contoh Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Perak (RKKC) di Batu Gajah yang pada mulanya didaftarkan untuk penjagaan kanak-kanak tetapi sekarang penghuni di situ telah meningkat usia menjadi dewasa.
"RKKC kini hanya dihuni lima kanak-kanak, sedangkan 42 lagi penghuni dewasa. Pihak pengurusan sepatutnya merujuk kembali kepada JKM untuk menentukan status dan menukar pendaftaran pusat jagaan berdasarkan perubahan penghuni," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini pada Rabu.
Menurutnya kementerian itu bersedia membantu RKKC untuk mendaftar semula pusat jagaan itu.
Rohani berkata Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kementerian itu akan terus meningkatkan pemantauan dan melakukan pemeriksaan terhadap pusat jagaan kebajikan seluruh negara.
Sebelum ini gambar bertajuk 'Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs' di rumah kebajikan itu menjadi viral.
Gambar itu menunjukkan kanak-kanak tersebut diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau air kencing dan bahan peluntur.
Bagaimanapun, Pengerusi RKKC R.Sivalingam menjelaskan pihaknya meletakkan 10 OKU yang mempunyai masalah mental kronik di dalam kompartmen berkenaan hanya pada waktu malam dan semasa mandi bagi tujuan keselamatan.
Rohani pada Selasa berkata tindakan meletakkan orang kurang upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar bukan prosedur operasi standard (SOP) kementerian itu. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
Menurut Rohani, kementerian itu bersedia membantu RKKC untuk mendaftar semula pusat jagaan itu. - Gambar fail
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Ada padah muat naik gambar anak di media sosial
Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah.
Bapa curi baju sekolah tidak layak untuk bantuan JKM - Rohani
Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Johor Bahru semalam tidak layak sebagai penerima bantuan JKM.
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KPWKM sedia latihan kemahiran, bantu gelandangan dapat kerja - Azizah
Bantuan berterusan melibatkan pelbagai kementerian sentiasa diberikan ke institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Desa Bina Diri (DBD).
'BNM ambil insiatif insurans OKU' - Rohani
Ia termasuk persetujuan sebuah syarikat insurans yang memperkenalkan pelan insurans hayat dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Pusat jagaan perlu perbaharui pendaftaran mengikut status penghuni
Semua pusat penjagaan kebajikan perlu memperbaharui pendaftaran pusat jagaan mengikut status semasa penghuninya, sama ada dihuni golongan dewasa atau kanak-kanak.
KPWKM harap bomba luluskan taska di tingkat atas bangunan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi membenarkan taska diwujudkan di tingkat atas bangunan
Pindaan Akta Kanak-kanak perlu diwarta secepat mungkin - Azizah
Kami mahu pindaan akta ini digazet secepat mungkin supaya ia boleh dikuatkuasakan, kata timbalan menteri Datuk Azizah Mohd Dun.
Rakyat perlu diberi perhatian kerana miliki 'kuasa' - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata kuasa rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada kerajaan pada setiap kali PRU.
Perkahwinan usia muda tidak digalak terhadap kanak-kanak
Perkahwinan pada usia muda dalam kalangan kanak-kanak tidak digalakkan di negara ini kerana ia hanya akan memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan dan psikologi mereka.