Sebuah pusat karaoke di sini, yang dipercayai menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM500 hingga RM600, diserbu dalam operasi bersepadu pada Sabtu dan Ahad.
Pengarah Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, Kamalludin Ismail berkata operasi itu disertai JIM Negeri Perak, Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Menurut beliau, seramai 16 pegawai JIM Cawangan Lumut dan 39 pegawai dari agensi-agensi berkenaan telah terlibat dalam operasi tersebut yang dijalankan bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 1.00 pagi.
“Seramai 15 wanita warganegara Vietnam yang berumur antara 19 tahun hingga 32 tahun diperiksa dan ditahan.
“Ketika serbuan dibuat, mereka sedang asyik melayan pelanggan tempatan di bilik karaoke berkenaan,” katanya pada Isnin.
Menurutnya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antara mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang pusat karaoke tersebut.
Bagaimanapun, katanya, hasil kecekapan pegawai operasi telah berjaya menangkis cubaan meloloskan diri wanita-wanita berkenaan.
“Ada di antara wanita berkenaan cedera di lutut akibat terjatuh ketika cubaan melarikan diri sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Beliau berkata, pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat menemani pelanggan untuk dibawa keluar bagi tujuan seks dengan kadar bayaran dari RM500 hingga RM600.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
Katanya, mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Langkap.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 08 2019

Seramai 15 wanita warganegara Vietnam yang berumur antara 19 tahun hingga 32 tahun diperiksa dan ditahan. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pusat karaoke tawar khidmat seks di Manjung diserbu
Seramai 16 pegawai JIM Cawangan Lumut dan 39 pegawai dari agensi-agensi berkenaan telah terlibat dalam operasi tersebut yang dijalankan bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 1.00 pagi.

Bayaran pasport antarabangsa Malaysia untuk tempoh lima tahun dikurangkan RM100
Pemansuhan pasport dua tahun dan RM100 diskaun bagi pasport lima tahun mulai hari ini