KUALA LUMPUR: Pusat Kardiologi Hospital Serdang yang akan mula beroperasi 12 Disember ini bakal menampung hampir dua kali ganda kapasiti perkhidmatan prosedur jantung sedia ada iaitu sebanyak 60,000 setahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, khidmat prosedur jantung dapat dipertingkatkan sekali gus memberi manfaat kepada ramai pesakit.
Menurutnya, pusat kardiologi itu dilengkapi dengan peralatan tercanggih yang pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Tenggara.
"Kalau dahulu kita dapat buat 35,000 prosedur jantung di Hospital Serdang, namun dengan ada pusat ini, kapasiti dapat dapat ditingkatkan kepada 60,000 prosedur jantung.
"Pusat kardiologi ini ditubuhkan bagi mempercepatkan penerimaan rawatan oleh pesakit dan dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan angiogram daripada 18 bulan kepada 9 bulan untuk kes-kes elektif yang stabil.
"Namun, kes kecemasan akan tetap diberikan rawatan serta-merta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang di sini, pada Isnin.
Khairy berkata, perkhidmatan jantung Hospital Serdang merupakan perkhidmatan yang paling sibuk dengan beban kerja paling tinggi di antara semua 10 fasiliti perkhidmatan jantung di KKM dengan lebih 40,000 pesakit luar setahun dan lebih 12,000 rawatan invasif setahun termasuk angiogram dan angioplasti koronari.
Justeru katanya, KKM telah memohon 951 perjawatan baharu termasuk doktor pakar, doktor dan jururawat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengoperasian Pusat Kardiologi Hospital Serdang .
Dalam perkembangan sama, beliau turut memberi jaminan bahawa pusat kardiologi itu akan kekal di bawah KKM.
Menurutnya, daripada 300 pakar kardiologi di Malaysia, hanya 10 peratus yang masih berkhidmat dengan KKM.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 17 2022
Khairy berkata, pusat kardiologi itu dilengkapi dengan peralatan tercanggih yang pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Tenggara. - Gambar/ Bernama
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka
Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa ke-11 untuk Jurugambar Muda, yang diadakan untuk memperingati jurufoto terkenal Andrei Stenin, mengalu-alukan penyertaan dan tawar hadiah wang tunai sehingga 700,000 Ruble
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya pada Isnin.
Zahid ajak umat Islam doa kesejahteraan ummah
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan hikmah solat sebagai tiang agama.
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.