JOHOR BAHRU: Sebuah Pusat Latihan Kejurulatihan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) bagi melahirkan tenaga jurulatih khususnya sukan kayak akan dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini tahun depan.
Pengarah PIS Ulaimi Yahya berkata pusat latihan itu dijangka melatih sebanyak 30 jurulatih kayak yang kemudiannya akan dihantar ke politeknik di seluruh negara bagi melahirkan atlet sukan berkenaan.
"Pusat latihan ini akan menjadi pemangkin buat politeknik melahirkan jurulatih dan menghasilkan inovasi bersesuaian yang boleh membantu meningkatkan aspek kesukanan dalam kalangan pelajar.
"Antara sebab kita memilih sukan kayak adalah kerana ia merupakan kelebihan kita yang telah terbukti dengan beberapa kejayaan merangkul pingat mewakili negara termasuk dalam Sukan SEA baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Santai Mesra PIS Bersama Media Johor 2023 yang turut dihadiri Presiden Kelab Media Johor (KMJ) Mohamad Fauzi Ishak di sini pada Rabu.
Ulaimi yang juga Bendahari Majlis Sukan Politeknik Malaysia berkata PIS pada masa sama berhasrat melahirkan lebih ramai graduan holistik bercirikan keusahawanan serta cemerlang dalam bidang kesukanan.
"PIS telah merangka pelbagai program bersesuaian yang boleh memberi kesan kepada objektif itu terutamanya dalam menghasilkan tenaga kerja Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
"Melalui penawaran 19 program melibatkan dua ijazah, 14 diploma dan tiga sijil termasuk kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pekak bisu, kita ada hala tuju baik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran TVET," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Ulaimi dan Mohd Fauzi bergambar bersama ahli KMJ, atlet PSI dan kakitangan PSI pada Majlis Hi-Tea PSI dan KMJ di sebuah hotel di Johor Bahru, 8 Nov 2023. --fotoBERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Adrian dan bapanya sedang berkayak di Punta Arenas dan secara tiba-tiba dia hilang daripada pandangan bapanya.

Pusat latihan kejurulatihan kayak bakal dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan
Pusat latihan itu dijangka melatih sebanyak 30 jurulatih kayak yang kemudiannya akan dihantar ke politeknik di seluruh negara.

Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda
Keputusan dibuat tidak dipengaruhi sesiapa termasuk ibu bapa yang sentiasa memberi galakan untuknya meneruskan karier dalam bidang sukan.

Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal
Mayat peserta kayak warga Singapura yang ditemui terapung di perairan kemaman telah dibawa pulang ke negara asalnya pada Jumaat.

Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura
Mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis, dan selesai pada 3.30 petang.

Kayak milik dua rakyat Singapura hilang di perairan Mersing ditemui
Kayak dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, ditemui kira-kira 12.30 tengah hari pada Selasa.

Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing
Operasi SAR digerakkan pada 3.30 petang tadi dan Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan di Jeti Penumpang Penyabong, Endau.

Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat
Pesawat udara yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang pada jam 7.12 pagi itu membuat rondaan di sekitar perairan Tanjung Tuan sebelum terlihat objek seperti jaket keselamatan.

Dua pelancong tempatan dikhuatiri lemas
Mereka memulakan aktiviti kayak sekitar jam 2 petang sebelum terperangkap dalam pusaran air.