GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan judi dalam talian di sebuah pusat panggilan atau calling centre yang mengaut keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan dalam serbuan di sebuah apartmen di Tanjung Tokong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah pada 5 petang menerusi Op Dadu itu, pihaknya turut menahan empat lelaki warga Nepal berusia 27 hingga 32 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, kesemua warga asing itu merupakan pekerja kepada sindiket perjudian tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis merampas peralatan komputer termasuk tiga unit komputer riba dan modem Internet, selain 10 unit telefon bimbit, kerusi, meja dan peralatan menulis di premis tersebut yang disewa sindiket itu sejak tiga bulan lepas.
Modus operandi sindiket itu katanya adalah menggunakan aplikasi Facebook untuk mempromosikan pelbagai permainan perjudian secara dalam talian yang menyasarkan pelanggan di Nepal.
Razlam berkata kesemua warga Nepal itu mempunyai pasport namun pihaknya akan menyemak dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengesahkan sama ada dokumen itu tulen atau sebaliknya.
Menurut Razlam, empat lelaki itu mendakwa datang ke negara ini untuk bekerja dalam sektor lain, namun tiada pekerjaan, sebelum direkrut untuk bekerja di bawah sindiket itu dengan gaji RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan anggota sindiket perjudian tersebut dan pihak polis percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata empat lelaki itu direman selama 3 hari hingga 21 Jan ini di bawah Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid menunjukkan gambar empat suspek warga Nepal ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.

Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.

Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.