PUTRAJAYA: Dalam usaha menangani isu penurunan kadar kesuburan penduduk negara yang terus merosot sejak lima dekad, Pusat Subfertiliti Negara yang pertama akan dibina di Shah Alam, Selangor tahun hadapan melibatkan peruntukan RM171 juta yang dijangka beroperasi pada 2029.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pusat itu menyediakan khidmat rawatan kesuburan dan kesejahteraan keluarga yang komprehensif termasuk berfungsi sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini dan latihan kepakaran di Malaysia.
Beliau berkata perkhidmatan rawatan subfertiliti ketika ini yang ditawarkan di klinik subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilihat tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2023 (PERKKS 23) di sini hari ini, Nancy berkata pusat baharu itu akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar memberi kesan dalam meningkatkan kadar kesuburan penduduk negara.
"Jika kadar kesuburan terus menurun dengan kadar semasa dan tiada intervensi diambil bagi menangani situasi ini, penduduk negara dijangka mencapai jumlah maksimum sebanyak 46 juta orang pada 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk pada tahun berikutnya," katanya.
Nancy berkata pembinaan pusat itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bertepatan memandangkan penurunan kadar kesuburan yang membimbangkan iaitu daripada 6.7 orang anak bagi setiap wanita pada 1957 kepada hanya 1.6 orang anak bagi setiap wanita pada 2022, kadar terendah yang pernah dicatatkan.
"Penurunan kadar kesuburan sekali gus mempercepatkan proses penuaan penduduk yang dijangka Malaysia akan menjadi 'negara tua' pada 2044, iaitu apabila 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya berumur 60 tahun dan ke atas," katanya.
Ketika ditanya faktor utama penurunan kadar kesuburan, Nancy berkata perkahwinan lambat bukanlah sebabnya tetapi pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan itu antaranya kesan ekonomi, wanita yang bercita-cita tinggi dan berkerjaya, cerewet dengan pilihan pasangan, malah ada yang memilih untuk membantu dan menjaga ahli keluarga.
Pada persidangan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara LPPKN dengan MERCK Malaysia, syarikat sains dan teknologi yang mendapat ruang untuk berkongsi kepakaran serta teknologi dengan LPPKN khususnya berkaitan bidang kesuburan, perancangan keluarga dan subfertiliti.
Mengenai PERKKS 2023, Nancy berkata sesi khas perbincangan meja bulat diadakan bagi menghasilkan resolusi yang mengandungi cadangan dasar dan langkah intervensi untuk menangani isu penurunan kadar kesuburan penduduk negara dan kesemua cadangan yang terkandung dalam resolusi itu akan menjadi pelengkap kepada inisiatif intervensi yang sedang dirancang KPWKM melalui LPPKN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Nancy berkata pembinaan pusat itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bertepatan memandangkan penurunan kadar kesuburan yang membimbangkan. - Gambar fail/Bernama
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pusat Subfertiliti Negara pertama beroperasi 2029 - Nancy
Pusat Subfertiliti Negara yang pertama akan dibina di Shah Alam, Selangor tahun hadapan.