KUALA LUMPUR: Pusat Tuisyen KAMI di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang, Petaling, Selangor hari ini dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyediakan pendidikan tambahan percuma kepada pelajar kurang berkemampuan.
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu juga bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, memenuhi tanggungjawab sosial kementerian itu kepada masyarakat dan merealisasikan aspirasi kerajaan untuk 'Memperkasa Rakyat' melalui pendidikan berkualiti.
Menurut kenyataan itu, tuisyen akan dilaksanakan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang digerakkan oleh KRT dengan menyasarkan pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 daripada keluarga kurang berkemampuan, berprestasi sederhana serta lemah dalam akademik.
Kenyataan itu juga menyebut program berkenaan akan dilaksanakan melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang menyasarkan komuniti pedalaman, asnaf dan golongan B40.
"Program ini memberi fokus kepada enam mata pelajaran teras bagi SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.
"Ia dilaksanakan selama satu tahun. Pada enam bulan pertama, kelas tuisyen akan dijalankan berserta pemantauan akademik, bengkel pembangunan modal insan atau pemupukan dan pembangunan. Seterusnya, Jejak Lepasan SPM akan dibuat selama enam bulan untuk memantau hala tuju pelajar dan keberhasilan program," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Perpaduan Negara, inisiatif bantuan makanan turut dilaksanakan sepanjang tuisyen itu bagi memastikan pelajar dapat menghadiri kelas dengan selesa dan fokus tanpa perlu berulang-alik ke rumah yang akan meningkatkan kos perbelanjaan logistik mereka.
Program itu mendapat kerjasama daripada Lembaga Tabung Haji yang menyalurkan dana sebanyak RM500,000 untuk pelaksanaan tuisyen bagi tempoh 2023/2024, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tuisyen KAMI yang merupakan antara inisiatif terbaharu kementerian itu dalam 'Membangun Komuniti MADANI' turut mendapat kerjasama Perpustakaan Negara yang menyumbangkan sebanyak 500 buku dan seterusnya melancarkan Unity Library di KRT Taman Sri Serdang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tiga, kiri) melakukan lawatan reruai selepas merasmikan Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara di MyTown Shopping Centre hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pusat Tuisyen KAMI dilancar untuk pelajar kurang mampu
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu juga bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik.