KUALA BERANG: Puteri UMNO akan menubuhkan skuad sukarelawan khas di setiap negeri supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka yang ditimpa bencana.
Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata melalui skuad itu, persiapan serta bantuan kepada mangsa bencana dapat dirancang dengan sempurna selain dapat disalurkan segera sekiranya berlaku musibah seperti banjir di sesuatu kawasan.
Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 300,000 ahli Puteriu UMNO di seluruh negara yang boleh digerakkan sebagai ahli skuad atau sukarelawan di setiap negeri.
"Sebelum ini kita (Puteri UMNO) tidak ada skuad khas bencana. Kita gerakkan sukarelawan ke sesuatu tempat bencana mengikut situasi.
"Dengan penubuhan skuad ini, jika terjadi bencana alam yang tak disangka, kita ada sukarelawan di setiap negeri untuk bantu masyarakat setempat," katanya ketika ditemui pada Program Pembersihan Pasca Banjir Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dewan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kampung Pengkalan Ajal, di sini hari ini.
Sebanyak 150 sukarelawan Puteri UMNO dari seluruh Terengganu terlibat dalam operasi pembersihan di beberapa lokasi yang terkesan banjir di Hulu Terengganu hari ini.
Semalam, Nurul Amal bersama 150 sukarelawan Puteri UMNO Kelantan turun padang menjalankan operasi pembersihan kediaman penduduk pascabanjir di Kampung Reka di Jeli, Kelantan.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu pada 24 Dis lepas memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah seluruh negeri.
Daerah Hulu Terengganu antara lokasi paling terjejas dengan jumlah mangsa menjangkau lebih 4,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Nurul berkata ketika ini terdapat kira-kira 300,000 ahli Puteriu UMNO di seluruh negara yang boleh digerakkan sebagai ahli skuad atau sukarelawan di setiap negeri. - Gambar Bernama

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.

Puteri UMNO gesa siasatan menyeluruh kegagalan pelaburan RM43.9 juta Khazanah, PNB
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, ini kerana ketelusan dalam pengurusan dana awam adalah asas kepada kepercayaan rakyat.

Puteri UMNO perlu berevolusi sesuai perubahan zaman - Nurul Amal
Anggota Puteri UMNO perlu terus aktif, berevolusi sesuai dengan perubahan zaman, pantas beradaptasi dan berfikir di luar lingkungan kebiasaan.

Kemenangan di Nenggiri bukan 'tiket' lupa diri, tiupan semangat menangi hati rakyat
Kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri bukan tiket untuk lupa diri tetapi tiupan semangat kepada ahli parti kembali menangi hati rakyat.

Puteri UMNO tubuh skuad sukarelawan khas bantu mangsa bencana
Puteri UMNO akan menubuhkan skuad sukarelawan khas di setiap negeri supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka yang ditimpa bencana.

DAP diingatkan tidak main isu sensitif - Puteri UMNO
DAP dingatkan supaya tidak bermain dengan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan serta keharmonian awam, khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi raja (3R).

PRN: Media sosial bukan penentu corak pilihan anak muda
Platform media sosial dilihat tidak menentukan kecenderungan golongan muda dalam memilih sesebuah parti politik pada PRN ini.

PRN: Puteri UMNO guna pendekataan mesra media sosial sepanjang kempen
Puteri UMNO menggunakan pendekatan 'Mesra Media Sosial' sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini yang membabitkan enam negeri.