NIBONG TEBAL: Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan Pulau Pinang berhubung cadangan projek pembinaan jambatan ketiga di negeri itu buat masa ini.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu bagi melihat keperluan projek dibangunkan termasuk dari segi kesan sosial dan ekonomi sekiranya projek itu dilaksanakan.
“Setakat ini, kita (kerajaan Persekutuan) tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri (Pulau Pinang), jadi tak boleh komen lebih daripada itu.
"Secara umum, kriteria yang akan dilihat dan diatur pihak kita khusus dari sudut teknikal, kebolehlaksanaan dari sudut teknikal yang tidak akan beri kesan kepada sosial dan alam sekitar,” kata beliau kepada pemberita pada Selasa.
Fadillah sebelum itu mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Selatan dan perasmian projek menaik taraf jambatan merentasi Sungai Kerian di sini hari ini.
Menurut Fadillah, sebelum melaksanakan sebarang projek yang dirancang, setiap kerajaan negeri perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan KKR selain melakukan pelbagai kajian.
“Pertama sekali mesti ada kajian dibuat (dan ) dari segi keperluan, adakah projek ini diperlukan atau tidak? Kalau projek ini diperlukan yang kedua perlu dikaji dari segi impak sosial, kesan kepada sosioekonomi dan ketiga dari segi alam sekitar dan keseluruhan ini dikaji kita kena lihat kos keberkesanannya… kesemua kena kaji,” kata Fadillah lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan kemungkinan kerajaan Pulau Pinang membina jambatan ketiga bagi menghubungkan antara bahagian pulau ke tanah besar bagi menggantikan projek terowong dasar laut.
Bagaimanapun, Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh kontraktor Consortium Zenith Construction (CZC) adalah untuk projek terowong bawah dasar laut sahaja dan bukannya untuk jambatan.
Kon Yeow berkata, sebarang pertimbangan hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 28 2021

Setakat ini, kerajaan Persekutuan tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pelaksanaan projek jambatan ketiga, kata Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah
Selagi laporan kajian itu tidak dihantar kepada pihak kementerian, projek tersebut tidak boleh mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan.