KUALA LUMPUR: Pelarasan pencen, bantuan kebajikan secara berterusan untuk veteran tidak berpencen dan pemberian elaun kenangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia adalah tiga isu yang akan terus diperjuang oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).
PVATM dalam kenyataan semalam memaklumkan persatuan itu mengambil pendekatan mengemukakan tuntutan secara berhemah dan rundingan kerana kaedah tersebut merupakan jalan paling sesuai serta terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu.
"Kami menyambut baik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan dua perkara penambahbaikan kemudahan yang diberikan kepada veteran dan balu ATM," menurut kenyataan itu.
Majlis Angkatan Tentera pada Rabu telah meluluskan dua daripada lima isu kebajikan yang diperjuang oleh PVATM dan rakan seperjuangan lain.
Isu pertama ialah jangka masa pemberian pencen terbitan kepada isteri yang dikahwini veteran ATM dalam masa persaraan dipanjangkan sehingga veteran mencapai usia 80 tahun kerana sebelum ini, jangka masa itu hanya 20 tahun yang dikira daripada tarikh mula bersara.
Isu kedua pula ialah penubuhan Tribunal atau Jawatankuasa Pengampunan bagi bekas anggota tentera yang diberhentikan atas sebab tatatertib untuk membolehkan mereka diiktiraf sebagai veteran dan mereka boleh menerima kemudahan bantuan kebajikan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022

Majlis Angkatan Tentera pada Rabu meluluskan dua daripada lima isu kebajikan yang diperjuang oleh PVATM dan rakan seperjuangan lain.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.

Belanjawan 2024: 10 tahun menanti, pesara ATM harap berita baik pelarasan pencen
Mereka mengharapkan berita baik dapat diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Belanjawan 2024 Jumaat ini.

PVATM mohon tiga permintaan dimasukkan dalam Bajet 2023
Perkara itu perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2023 kerana ia berkaitan langsung dengan kehidupan harian pesara.

Veteran ATM percaya kerajaan mampu tangani ancaman kumpulan Sulu di Sabah
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) percaya kerajaan mampu mengambil langkah terbaik dalam menangani ancaman keselamatan di Sabah terutama melibatkan kumpulan Sulu.

PVATM akan terus perjuang isu belum selesai
Persatuan itu mengambil pendekatan mengemukakan tuntutan secara berhemah dan rundingan.

Inisiatif proaktif Kementerian Pertahanan bantu negara hadapi pandemik - PVATM
Inisiatif Kementerian Pertahanan membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19 merupakan langkah proaktif dan tanggungjawab mempertahankan negara dalam apa jua situasi.

Veteran pohon elaun sara hidup bagi anggota yang tidak berpencen
PVATM merayu agar kerajaan pertimbang permohonan penyediaan skim elaun sara hidup secara automatik kepada anggotanya apabila mencapai usia 60 tahun.

PVATM Johor selar Ali Tinju, desak Majlis Eksekutif lucut keanggotaan
Semua anggota PVATM Johor sangat tidak berpuas hati dan membantah kenyataan Mohd Ali yang menyatakan Presiden PVATM makan gaji buta.

Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.