Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Johor menyelar kenyataan biadap Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju terhadap Presiden PVATM, dan mendesak Majlis Eksekutif PVATM melucutkan keanggotaannya.
Yang Dipertua PVATM Johor, Ibrahim Yahaya berkata beliau yang mewakili semua anggota PVATM negeri itu sangat tidak berpuas hati dan membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohd Ali yang juga bekas tentera yang menyatakan Presiden makan gaji buta.
"Kelakuannya (Mohd Ali) yang mengeluarkan kenyataan itu kepada presiden secara tidak langsung mencemar nama baik PVATM.
"Saya difahamkan sebelum ini beliau juga ada menubuhkan beberapa persatuan veteran tentera dan kelab sendiri yang boleh mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian persatuan sedia ada. Oleh itu, kita gesa Majlis Eksekutif melucutkan keanggotaannya," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Baru-baru ini, Mohd Ali turut direman dua hari kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau juga sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim turut berharap adanya penguatkuasaan undang-undang supaya orang awam tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan uniform celoreng.
"Tindakan juga perlu diambil ke atas penjual kain celoreng supaya ia tidak terus berlarutan.
"Jika tidak dikawal keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan pada masa sama umpama memperlekehkan uniform yang diwarta untuk tentera," katanya.
Bernama
Fri Jan 01 2016

Tindakan Mohd Ali yang mengeluarkan kenyataan itu kepada presiden disifatkan mencemar nama baik PVATM. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PVATM Johor selar Ali Tinju, desak Majlis Eksekutif lucut keanggotaan
Semua anggota PVATM Johor sangat tidak berpuas hati dan membantah kenyataan Mohd Ali yang menyatakan Presiden PVATM makan gaji buta.