KUALA LUMPUR: Qari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah Malaysia Sofizah Mousin, masing-masing diumum johan tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, malam ini.
Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Mohamed Sameer memperoleh markah 93.33 peratus manakala Sofizah meraih 89.66 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan hadiah kategori qari manakala kategori qariah dikurniakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sementara itu, wakil Malaysia Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan muncul naib johan qari dengan markah 88.83 peratus manakala tempat ketiga dimenangi qari Indonesia Muhammad Rizqon (88.34 peratus), masing-masing turut memenangi hadiah wang tunai dan piala.
Widadul Wahidah Mahamod dari Singapura pula muncul naib johan qariah dengan markah 87.50 peratus dan tempat ketiga qariah Indonesia Yuni Wulandari Hasim (87.49 peratus), juga membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Bertemakan "Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran," majlis itu berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas, melibatkan 36 peserta dari 28 negara.
MTHQA62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022

Johan Qari dari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed (kiri) dan Johan Qariah dari Malaysia Sofizah Mousin (kanan) bergambar pada Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa. - Foto BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Qari Bahrain, qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Qari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah Malaysia Sofizah Mousin, masing-masing diumum johan tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62.