KUALA LUMPUR: Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Naib Presiden Jualan di Asia Tenggara dan Pasifik Barat Daya Qatar Airways Jared Lee berkata penerbangan harian menggunakan pesawat Boeing 777 itu, akan memperkukuhkan lagi komitmen Qatar Airways untuk memberi penumpang ketersambungan dan perkhidmatan bertaraf dunia.
"Keputusan untuk menyambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang mencerminkan dedikasi Qatar Airways untuk meluaskan rangkaian globalnya dan menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan ke destinasi popular kepada penumpang.
"Hasilnya, penumpang boleh mengalami sendiri keistimewaan Pulau Pinang, yang dikenali dengan kekayaan budaya, pantai yang indah dan kepelbagaian makanan jalanan, sambil menikmati kelancaran keterhubungan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha yang pernah meraih anugerah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jared berkata penyambungan operasi itu turut menunjukkan komitmen pihaknya dalam menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada penumpang dan keterhubungan tiada tandingan, sama ada mereka mengembara untuk bekerja atau melancong.
"Penumpang yang menaiki pesawat Boeing 777 boleh menjangkakan pengalaman dalam penerbangan yang hebat, dengan tempat duduk yang luas di Kelas Perniagaan serta Kelas Ekonomi. Hospitaliti syarikat penerbangan ini yang terkenal berserta komitmennya terhadap keselamatan dan kebersihan, memastikan penumpang dapat berehat dan menikmati perjalanan mereka sepenuhnya," tambahnya.
Penerbangan Qatar Airways QR840 akan berlepas dari Lapangan Terbang Hamad Doha (DOH) ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT) pada 2.45 pagi, dengan masa ketibaan dijadualkan pada 6.20 petang.
Bagi laluan Pulau Pinang ke DOH, penerbangan Qatar Airways QR841 akan berlepas dari Pulau Pinang pada 9 malam dan tiba di DOH pada 4 pagi.
Selain itu, syarikat penerbangan yang diiktiraf itu akan turut menambah jumlah penerbangan ke Kuala Lumpur bermula 15 Dis ini, menjadikan keseluruhan 28 penerbangan mingguan (empat penerbangan harian) iaitu 14 penerbangan mingguan dikendalikan oleh rakan perkongsian kod, Malaysia Airlines, bagi memenuhi permintaan yang meningkat.
Berikut jadual penerbangan mengikut waktu Malaysia, bagi laluan DOH-Kuala Lumpur dan sebaliknya:
DOHA - KUALA LUMPUR (harian)
QR4991 DOH - KUL Perlepasan pada 1.30 pagi, Ketibaan pada 1.55 tengah hari (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR852 DOH - KUL Perlepasan pada 3.05 pagi, Ketibaan pada 3.35 petang (dari 15 Dis hingga 11 Mac, 2024)
QR4993 DOH - KUL Perlepasan pada 8.10 pagi, Ketibaan pada 8.40 malam (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR844 DOH - KUL Perlepasan pada 7.50 malam, Ketibaan pada 8.20 pagi hari berikutnya.
KUALA LUMPUR - DOHA (harian)
QR4992 KUL - DOH Perlepasan pada 2.25 pagi, Ketibaan pada 5.15 pagi (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
QR845 KUL - DOH Perlepasan pada 9.50 pagi, Ketibaan pada 12:30 tengah hari.
QR853 KUL - DOH Perlepasan pada 8 malam, Ketibaan pada 10.40 malam (dari 15 Dis hingga 11 Mac, 2024)
QR4990 KUL - DOH Perlepasan pada 9.10 malam, Ketibaan pada 11.50 malam (operasi dikendalikan oleh Malaysia Airlines)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
![Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664159889_QatarAirwaysaircr.jpg)
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini. - Gambar fail/IG QatarAirways
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
![Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664159889_QatarAirwaysaircr.jpg)
Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.
![12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara 12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716735700_AQatarairwaysplan.jpg)
12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
![Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664159889_QatarAirwaysaircr.jpg)
Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
![Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022 Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664159889_QatarAirwaysaircr.jpg)
Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022
Untuk tahun ke tujuh, syarikat penerbangan Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun 2022.
![Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650659515_DatukSeriNancyShu.jpg)
Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy
Penerbangan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Doha akan memacu pemulihan pelancongan Malaysia dan meningkatkan sektor pelancongan negara, berikutan sempadan dibuka semula pada 1 April.
![Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631230340_Firstcivilianfli.jpg)
Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.
![MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579103246_MASHUP.jpg)
MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways
Semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines, justeru memudahkan urusan tiket.
![Qatar Airways komited bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia Qatar Airways komited bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571311707_pelancong.jpg)
Qatar Airways komited bawa lebih ramai pelancong ke Malaysia
Laluan baharu Qatar Airways ke Langkawi membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha.
![Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551329073_ThaiAirways.jpg)
Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.
![Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81496760980_QatarAirways.jpg)
Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang
GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.