KUALA LUMPUR: Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar, telah dipilih bagi menggantikan China sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Piala Asia 2023.
Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa, mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) atas kejayaan mendapat hak penganjuran Piala Asia 2023 sambil merakamkan penghargaan kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) yang turut mengemukakan bidaan.
Shaikh Salman berkata kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa amat disegani di seluruh dunia.
"Memandangkan masa persiapan yang singkat, kami tahu kerja keras bermula serta-merta. Namun dengan infrastruktur bertaraf dunia sedia ada dan kemampuan menjadi tuan rumah, kami yakin Qatar mampu menjadikan Piala Asia sebagai saingan berprestij," katanya.
"Saya juga ingin memuji AFC atas profesionalisme dalam mengendalikan proses bidaan yang adil dan telus selain terima kasih kepada rakan kongsi komersial serta penaja atas kesabaran mereka ketika detik sukar ini," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC ke-11 di sini, semalam.
Bagaimanapun, badan induk bola sepak Asia itu belum mengumumkan tarikh Piala Asia 2023 manakala Piala Dunia 2022 dijadual bermula 20 Nov hingga 18 Dis ini.
Pada Mei lalu, AFC mengumumkan China menarik diri sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 kerana keadaan luar biasa yang disebabkan pandemik COVID-19 dan Bolasepak Australia menarik balik bidaan mereka pada 1 Sept lalu.
Juara bertahan Qatar, yang menjuarai piala tersebut julung kali selepas menewaskan Jepun 3-1 pada final edisi 2019, pernah mernjadi tuan rumah pada 1988 dan 2011.
Sementara itu, AFC mengumumkan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) sebagai dua pembida terakhir bagi Piala Asia 2027 dengan keputusan memilih tuan rumah bagi edisi itu diputuskan oleh Kongres AFC pada Februari tahun depan.
AFC berkata Persatuan Bolasepak Uzbekistan dan Persekutuan Bolasepak Iran secara rasmi menarik balik bidaan sebagai tuan rumah edisi 2027 masing-masing pada 14 Dis 2020 dan 13 Okt 2020 manakala Qatar turut berbuat demikian selepas memenangi bidaan edisi 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Sheikh Salman dan Sheikh Hamad ketika hadir pada majlis pengumuman Qatar sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, 17 Okt 2022. - REUTERS

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.

Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

Qatar gesa rundingan segera fasa kedua gencatan senjata Gaza
Qatar menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Penduduk dibenarkan kembali ke utara Gaza pada Isnin hasil perantaraan Qatar
Mulai pagi Isnin, pihak berkuasa Israel akan benarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan.

Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.

'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.