SHAH ALAM: Program #QuranHour For Gaza yang mengangkat surah al-Insan membawa perbezaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia berlainan kerana tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi tetapi program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar untuk membantu saudara di Palestin.
“Kita perlu mencari solusi sebenar, masalah ini berterusan kerana ada pemimpin Yahudi yang buta hati hingga sanggup bertindak kejam dan ramai pemimpin Islam di sekelilingnya juga sama kerana membiarkan sahaja kekejaman itu berlaku.
“Kita kena didik semula manusia hingga mampu menjadi pemimpin yang lebih baik dan akan memikul tanggungjawab untuk berjuang.
"Kini kita lihat dunia tidak mengambil tanggungjawab ini kerana membiarkan dua juta orang dalam tempat yang sempit itu (Gaza) selesaikan masalah itu sendiri,” katanya ketika program 'Assalamualaikum' yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, WUIF dengan kerjasama MyAqsa Defenders akan menganjurkan Program #QuranHour For Gaza hari ini bagi mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin dengan Israel.
Justeru, Hussamuddin menyeru orang ramai hadir bersama-sama untuk bermuhasabah diri dalam memahami lebih terperinci makna surah al-Insan dan menjadikannya sebagai panduan kehidupan.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, masyarakat perlu memiliki sifat abrar sepertimana yang disebut dalam surah al-Insan jika mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
“Abrar adalah orang yang dianggap tinggi kedudukannya dalam syurga, antaranya mereka yang sentiasa bersyukur, memberi bantuan kepada orang dalam kesusahan dan sentiasa beribadah kepada ALLAH.
“Kita lihat semula pemilihan kriteria Briged Al-Qassam yang dilantik ketika pembukaan kota Makkah dahulu, di mana calon perlu konsisten mendapat pengesahan daripada imam masjid membuktikan mereka hadir solat jemaah Subuh selama tiga bulan berturut-turut di masjid tempatan,” jelasnya.
Tambah beliau, menerusi peristiwa itu dapat dilihat sama ada masyarakat kini mampu atau tidak untuk melakukan hal yang sama dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Justeru, katanya, program #QuranHour For Gaza itu akan membantu umat Islam membuat persediaan lebih mendalam berkaitan nilai kemanusiaan mengikut fahaman yang dibawa dalam al-Quran seperti surah al-Insan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023

Hussamuddin bercakap pada program 'Assalamualaikum' yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.

#QuranHour For Gaza perjuang nasib rakyat Palestin cara berbeza
Ia tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi tetapi program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar membantu saudara di Palestin.