KUALA LUMPUR: Surah Al-Mulk yang bermakna Kerajaan menjadi surah utama yang diangkat dalam program Malaysia #QuranHour tahun ini menjadi formula ke arah menwujudkan Malaysia yang berbudi dan penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Surah itu juga memfokuskan pengisian tentang tiga perkara iaitu keberkatan, mengingati mati dan terus melakukan kebaikan.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.
Ujarnya, cabaran dihadapi kini adalah peluang untuk semua pihak terus menjadi lebih baik untuk menguruskan kehidupan dan negara ini dengan lebih baik.
Katanya, kualiti dan watak ini amat penting agar semua bangkit membina negara.
Hussamuddin turut berharap rakyat negara ini akan dibentuk dengan nilai yang teguh dengan panduan al-Quran bagi membina Keluarga Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dengan al-Quran kali ini terus meneroka formula daripada Surah Al- Mulk melalui tadabbur al-Quran dengan al-Quran.
Selain itu katanya, peserta turut memahami panduan lanjut daripada tujuh Surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk negara.
Jelasnya, pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik COVID-19 dengan kes kematian yang tinggi membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Penaung bagi Malaysia #QuranHour 1443H/2021 adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama rakan sinergi, iaitu Islamic Tourim Centre (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia Tourism Council, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.
Marhaini berkata, Malaysia #QuranHour adalah sebuah produk Malaysia yang mana dari sinilah tercetusnya World #QuranHour ke peringkat dunia dan telah diadakan di lebih 300 lokasi di luar negara, mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial pada tahun 2019.
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam pada Isnin menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu.
Astro Awani
Mon Aug 30 2021

Malaysia #QuranHour adalah sebuah produk Malaysia yang mana dari sinilah tercetusnya World #QuranHour ke peringkat dunia. - Astro AWANI

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

JAKIM kerjasama dengan pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan
JAKIM terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM, MCMC, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

JAKIM sedang kaji prosedur pengiktirafan FHCB, pastikan kekal relevan
JAKIM sedang mengkaji prosedur pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) bagi memastikan prosedur sedia ada kekal relevan.

Masjid, surau di bawah JAKIM, JAWI perlu beri kemudahan terbaik - Mohd Na'im
Program Ihya' Ramadan juga disusun sepanjang bulan ini, dan ia akan dianjurkan oleh pelbagai agensi di kementerian berkenaan.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam
JAKIM telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.