KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai makanan segera diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana meraba seorang kanak-kanak perempuan yang juga jirannya di dalam lif sebuah pangsapuri, bulan lepas.
Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman selepas remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun.
Remaja itu didakwa telah meraba bahagian badan dari rambut hingga punggung mangsa bagi tujuan seksual di dalam lif sebuah pangsapuri di Taman Desa, Brickfields di sini, pada 4.38 petang, 10 Jun.
Pendakwaan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian remaja lelaki berkenaan telah meraba mangsa yang ketika itu berada di dalam lif bersama adik perempuannya berusia 10 tahun sebelum mangsa dan adiknya itu keluar daripada lif dan mengadu perkara yang berlaku kepada ibu mereka.
Laporan polis telah dibuat dan remaja lelaki itu akhirnya ditangkap pihak polis.
Terdahulu Pegawai Pembangunan Masyarakat Nur Khalidah Ab Hamid dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membacakan laporan sosial remaja itu berkata hasil temu ramah bersama remaja terbabit dan ibu bapanya, terdapat beberapa faktor antaranya persekitaran tempat tinggal dan pergaulan antara rakan sebaya yang mendorongnya melakukan perkara menyalahi undang-undang tanpa memikirkan kesan dan akibat.
Beliau berkata perintah khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan wajar dikenakan ke atas remaja berkenaan, kerana ia mampu mengubah mentalitinya ke arah remaja yang lebih matang dan berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyalahi undang-undang.
"Memandangkan penama (remaja berkenaan) seorang yang pasif dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran serta banyak mengelamun, hukuman ini bersesuaian dengan penama untuk mengembalikan penama kepada masyarakat," katanya.
Nur Khalidah berkata Program Skill and Carrier @ CSO juga dapat diberikan kepada penama sebagai satu program pembangunan kerjaya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir manakala remaja itu tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun. - Gambar hiasan

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam
Remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun.