AI ada masa hadapan yang cerah, tidak seperti NFT. Penggunaan AI generatif benar-benar dilihat boleh membantu manusia.
Hari demi hari semakin banyak peranti AI atau telefon dengan integrasi AI dilancarkan. Selepas Humane AI Pin dilancarkan, kini Rabbit R1 pula diperkenalkan kepada umum.
Rabbit R1 adalah peranti kecil dengan skrin sesentuh 2.88-inci, kamera boleh berputar, roda kawalan analog, mempunyai mikrofon dan speaker terbina.
Ia menjalankan sistem operasi tersendiri iaitu Rabbit OS yang dibina berasaskan model bahasa raya Large Action Model atau LAM. Sistem operasi ini dikatakan cukup bijak mengenalpasti interaksi manusia dengan sesebuah peranti dan boleh memudahkan lagi manusia dalam tugasan harian yang ringkas.
Misalnya, R1 tidak memerlukan pengguna memasang aplikasi. Hanya terus berikan arahan dan untuk menempah tiket wayang, tiket penerbangan, dan memainkan video atau muzik juga senang.
Yang membezakan Rabbot OS daripada Siri dan Google Assistant ia boleh membelikan barang untuk pengguna dan mengeluarkan rumusan secara terus untuk arahan yang diberikan.
Rabbit R1 adalah pengganti telefon generasi baharu dengan ia direka sangat kecil oleh Teenage Engineering seakan konsol Playdate.
R1 boleh menghantar mesej, melakukan panggilan telefon, panggilan video, dan menggunakan aplikasi untuk pengguna. Akan datang R1 akan dikemas kini untuk pengguna melatih peranti ini menggunakan aplikasi lain.
Rabbit R1 adalah peranti yang dijana cip MediaTek Helio P53, dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan 128 GB, menyokong kad SIM, WiFI, Bluetooth, serta bateri yang bertahan sepanjang hari.
R1 hanya ditawarkan dengan warna Luminous Orange dan dijual pada harga $199 tanpa sebarang langganan. Ketika artikel ini ditulis, 100,000 unit telah pun terjual. - Amanz
Amanz
Thu Jan 11 2024
R1 hanya ditawarkan dengan warna Luminous Orange dan dijual pada harga $199 tanpa sebarang langganan. - Gambar/ Amanz
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
'Teman sentiasa di sisi' - Peranti AI 'Friend' dalam bentuk rantai leher diperkenal
Friend ialah peranti AI yang setiasa mendengar dan bertindak sebagai kawan yang sentiasa di sisi.
Rabbit R1 satu lagi peranti AI cuba ganti telefon pintar
AI ada masa hadapan yang cerah, tidak seperti NFT. Penggunaan AI generatif benar-benar dilihat boleh membantu manusia.