Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies telah disahkan di Sarawak, yang mana 12 daripada mangsa telah meninggal dunia akibat wabak itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, usaha memerangi wabak rabies melibatkan kerjasama pelbagai agensi yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan.
Katanya, tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran, mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai rabies dan mengawal populasi anjing yang dibela melalui pelesenan.
"Hingga akhir Oktober tahun ini semua bahagian di Sarawak kecuali Limbang telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999," kata Dr Sim dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini pada Isnin.
Sim berkata, sejumlah 20,127 kes gigitan haiwan dari kawasan wabak telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sejak 1 April 2017 dan dari jumlah ini 5,557 kes gigitan berisiko tinggi terhadap manusia telah menerima suntikan anti rabies.
"Sarawak hanya boleh diisytiharkan bebas daripada wabak rabies ini jika tiada laporan baru kes jangkitan rabies haiwan dan manusia untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan rabies akan dapat dihapuskan di seluruh dunia menjelang tahun 2030," kata Sim.
Sim berkata, beliau bersetuju dengan ADUN Bukit Assek bahawa menghapuskan anjing-anjing liar dari jalan adalah penting namun keperluan membasmi rabies itu memerlukan pelbagai strategi.
Beliau berkata sejak wabak itu berlaku kira-kira 11,000 anjing liar telah dihapuskan oleh 26 pihak berkuasa tempatan di Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Sim berkata kerajaan Sarawak sangat menyokong inisiatif untuk mengharamkan merokok di tempat awam, sambil menambah bahawa kini terdapat 23 tempat awam yang telah diwartakan sebagai zon bebas rokok di bawah peraturan ini.
Sim berkata dari Januari hingga September tahun ini sejumlah 2,636 premis telah diperiksa bagi pematuhan peraturan dan setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM437,052 tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018

Sejak wabak rabies berlaku, kira-kira 11,000 anjing liar telah dihapuskan oleh 26 pihak berkuasa tempatan di Sarawak. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.

Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
Kucing yang dikenali sebagai Lily ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan

Pembunuhan 'Kopi': Empat aktivis haiwan saman Majlis Daerah Besut, Kerajaan Terengganu
Keempat-empat plaintif memfailkan saman pemula itu pada 10 Dis lepas menerusi Tetuan Raj & Sach di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.

Tindakan penguat kuasa lupus anjing liar ikut prosedur - YDP MDB
Dakwaan pihak tertentu bahawa anjing tersebut dibiarkan oleh petugas setelah mati adalah tidak benar.

MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.

Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).