Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata hasil bedah siasat terhadap dua bangkai gajah yang ditemukan mati baru-baru ini mendapati berpunca daripada racun yang dimakan oleh gajah malang itu.
"Kami akan menjalankan siasatan lebih lanjut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Ke Tamu' yang berlangsung selama dua hari bermula 15 Feb di Laman Seni, di sini pada Sabtu.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bagaimanapun berkata jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Baru-baru ini dua gajah betina Borneo ditemukan mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot Sandakan.
BACA: Dua gajah betina ditemui mati
BACA: Gajah mati di Lahad Datu dipercayai akibat keracunan
Ia merupakan penemuan kedua dan ketiga bangkai gajah pada tahun ini selepas penemuan bangkai gajah pertama di Lower Kinabatangan pada bulan lepas, dipercayai ditanam oleh syarikat penanaman sawit.
Christina berkata bagi mengatasi perkara itu, kerajaan negeri telah meluluskan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 2020-2029 dalam usaha untuk mencari penyelesaian konflik antara manusia dan gajah.
Mengenai program 'Ke Tamu' itu, beliau berkata ia dapat mengumpulkan para penggiat seni tempatan untuk mempamerkan hasil karya masing-masing.
Beliau berkata perbincangan akan diadakan bersama pihak yang berkaitan agar Laman Seni akan menjadi pusat tumpuan setiap minggu.
Kira-kira 40 peserta pempamer menyertai program itu yang terdiri daripada gerai manik, lukisan dan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020
![Racun punca dua gajah Borneo mati Racun punca dua gajah Borneo mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563674965_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Christina berkata jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bangkai gajah di ladang kelapa sawit Bangkai gajah di ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665697198_BangkaiGajah.jpg)
Bangkai gajah di ladang kelapa sawit
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.
![Racun punca dua gajah Borneo mati Racun punca dua gajah Borneo mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563674965_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Racun punca dua gajah Borneo mati
Bagaimanapun jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
![Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573992241_gajah.jpg)
Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu
Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai haiwan itu ditemui pada 6.30 pagi Isnin oleh pekerja ladang.
![Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573051891_bangkaigajahpygmy.jpg)
Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.
![Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71572781579_bangkaigajah.jpg)
Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
Sepasukan daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.
![Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571920791_gadinggajah.jpg)
Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.
![Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570285067_gajah.jpg)
Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah
Ranger rimba terus menghadapi kesulitan untuk menghampiri sebahagian daripada bangkai itu ekoran cuaca buruk dan lerengan bukit yang sukar.