PUTRAJAYA: Sebanyak 10,125 bungkusan racun siput gondang emas, yang mengandungi perawis aktif fentin acetate yang diharamkan penggunaannya di negara ini, dirampas dalam serbuan pada 1 Februari di sebuah premis menjual input pertanian di Kampung Gajah, Perak.
Ketua Pengarah Pertanian Datuk Zahimi Hassan berkata racun haram yang dirampas bernilai RM50,625 itu terletak dalam 81 kotak dan ketika serbuan dijalankan, terdapat beberapa pelanggan serta dua pekerja berada di premis berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati racun haiwan perosak tersebut berasal dari China dan dijual pada harga RM5 sepaket selain boleh diperoleh secara dalam talian.
Fetin acetate merupakan merupakan sejenis racun perosak kimia daripada kumpulan organotin yang mula diperkenalkan pada 1954 dan digunakan sebagai racun kulat dan racun serangga.
"Racun ini diklasifikasikan sebagai sangat toksik dan berbahaya kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan akuatik," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap pemilik syarikat berkenaan berhubung kes itu mengikut Seksyen 20(3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Sementara itu, Zahimi berkata terdapat 22 produk racun siput berdaftar yang boleh digunakan oleh petani bagi mengatasi masalah serangan haiwan perosak tersebut kerana mempunyai tahap toksisiti yang rendah kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
"Kawalan sedia ada bagi haiwan tersebut adalah dengan menggunakan racun makhluk perosak berdaftar mengandungi perawis aktif seperti metaldehyde, niclosamide dan niclosamide-olamine yang telah dinilai dari segi kualiti dan keberkesanannya," katanya.
Memandangkan terdapat penjualan racun haram dilakukan secara dalam talian, beliau berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa penyedia platform untuk memperkenalkan kempen dan akta yang perlu dipatuhi berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Sebanyak 10,125 bungkusan racun siput gondang emas (SGE) yang tidak berdaftar bernilai RM50,625 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Gajah, Perak awal bulan ini. - Bernama
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Racun siput gondang emas terlarang bernilai lebih RM50,000 dirampas
Siasatan awal mendapati racun haiwan perosak tersebut berasal dari China dan dijual pada harga RM5 sepaket selain boleh diperoleh secara dalam talian.