Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya hari ini memberi jaminan kepada Dewan Undangan Negeri bahawa kesan radiasi yang dipancarkan dari menara komunikasi tidak menjejaskan kesihatan manusia.
Beliau berkata Radiasi Radio Frekuensi (RF) yang dipancarkan dari menara telekomunikasi atau telefon bimbit tidak berupaya mengakibatkan kesan kesihatan kepada manusia kerana RF yang dipancarkan tergolong dalam kategori radiasi tidak mengion (NIR).
"Ia adalah sejenis radiasi yang tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk merubah molekul-molekul dalam jirim. Justeru itu, radiasi dalam kategori NIR tidak berupaya mengakibatkan kesan kesihatan kepada manusia," katanya ketika menjawab soalan Cheong Chee Khing (DAP-Bercham) pada persidangan DUN di sini.
Beliau berkata NIR adalah berbeza dan sering dikelirukan dengan Radiasi Mengion (IR) seperti pancaran sinar X dan sinar Gamma beradioaktif yang mempunyai tenaga cukup untuk merubah molekul jirim hidup seterusnya berupaya mengakibatkan kemudaratan kepada hidupan dan manusia.
Pengukuran yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap lebih 100 buah menara dan struktur pemancar mendapati kesemuanya tidak melebihi 10 peratus had radiasi yang ditetapkan, katanya.
Shahrul Zaman berkata telekomunikasi di Malaysia adalah berdasarkan kepada had dedahan kepada masyarakat awam.
"Malaysia mengambil pakai tahap pendedahan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Tidak Mengion Antarabangsa (ICNIRP) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Beliau berkata tahap pendedahan itu turut dirujuk oleh negara seperti Australia, Singapura dan United Kingdom.
Mengenai kelulusan pembinaan struktur menara dan pemancar telekomunikasi, beliau berkata jika ia dibina sebelum kelulusan diberikan, pemiliknya boleh dikenakan denda sebanyak RM3,500 mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan menara itu perlu dirobohkan.
Mengenai desakan Cheong supaya menara telekomunikasi tidak dibina atau ditempatkan di kawasan perumahan dan rumah kedai, Shahrul Zaman berkata menara telekomunikasi sering menjadi topik kontroversi yang hangat diperkatakan.
"Bagaimanapun di mana kita perlu letakkan menara telekomunikasi ini kalau bukan di kawasan perumahan atau perniagaan, kerana pada akhirnya pengguna mahukan perkhidmatan telekomukasi yang terbaik," katanya.
Bernama
Fri Dec 12 2014
Radiasi Radio Frekuensi (RF) yang dipancarkan dari menara telekomunikasi tidak berupaya mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan. -Gambar hiasan
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Banjir: Syarikat telekomunikasi diarah pastikan menara, talian komunikasi kekal berfungsi
Syarikat telekomunikasi diarah menyediakan set janakuasa mudah alih untuk ditempatkan di menara-menara telekomunikasi yang dikenal pasti berada di kawasan sering dilanda banjir.
Sarawak mahu bina enam menara di Masjid Jamek Negeri
Abang Johari berkata menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi.
MCMC berjaya selesai masalah internet lemah di Kampung Muhibbah, Penawar
Hasil ujian liputan yang dijalankan di dalam dan luar rumah pelajar tersebut mendapati capaian Internet lemah memandangkan rumahnya dikelilingi pokok kelapa sawit.
Fasa kedua sistem FODDS KLIA dijangka siap menjelang November - MAHB
Radar tersebut mampu mengesan sebarang Serpihan Objek Asing pada jarak 500 meter dalam masa 10 saat dengan menggunakan teknologi radio terkini berbanding teknologi gentian.
Soh Wai Ching pecah rekod dunia selepas daki tangga 1.295 kilometer dalam sejam
Soh Wai Ching berjaya mengatasi rekod Guinness World Records selepas selesai melakukan cabaran pendakian tangga dalam masa satu jam.
Menara Abbco di UAE terbakar
Bangunan Menara Abbco setinggi 48 tingkat itu terbakar kira-kira 9 malam waktu tempatan (1700 GMT).
COVID-19: Menara Sarawak Energy, Maybank Sibu ditutup
Menara Sarawak Energy dan Maybank Cawangan Sibu ditutup untuk proses pembersihan dan sanitasi.
Radiasi menara telekomunikasi, telefon bimbit tidak beri kesan kesihatan
Radiasi Radio Frekuensi (RF) yang dipancarkan dari menara telekomunikasi atau telefon bimbit tidak berupaya mengakibatkan kesan kesihatan kepada manusia.