JOHOR BAHRU: MyCARE yang sedang meneliti dan mengikuti perkembangan mengenai pembukaan lintasan sempadan Rafah di Mesir secara dekat, bersedia menghantar pasukan perubatan ke Semenanjung Gaza, sekiranya laluan itu dibuka.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata ini adalah selari dengan permintaan Dr Ashraf Alqudra, jurucakap Menteri Kesihatan di Gaza, baru-baru ini.
"Beliau memohon penghantaran pakar perubatan untuk merawat dan menjalankan pembedahan ke atas mangsa serangan rejim Zionis di Gaza selain keperluan penghantaran bekalan perubatan.
"Walau bagaimanapun kerjasama daripada pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan juga akan memudahkan urusan tersebut
"Sekarang memang belum dibuka, cuma kita menyeru agar segera dibuka dan kami menunggu jika sudah dibuka, akan cuba menyertai misi bantuan termasuk bantuan perubatan yang kritikal," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Tambah Mohd Zin, laluan Rafah adalah satu-satunya jalan untuk pergerakan majoriti rakyat Palestin di Gaza bagi urusan sama ada untuk keluar negara, mendapatkan rawatan, keluar negara untuk menyambung pelajaran atau lain-lain keperluan.
Bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar bantuan khususnya dari Malaysia, akan hanya melalui sempadan dan pintu Rafah untuk memasuki Gaza, tambahnya.
"Dengan konflik dan serangan di luar peri kemanusiaan oleh tentera rejim Zionis ke atas penduduk Gaza, kita memang mengharapkan pintu sempadan Rafah dapat dibuka sepanjang masa oleh pihak Mesir.
"Ia adalah sempadan yang sah bagi dua negara iaitu Palestin dan Mesir dan tidak sewajarnya ada negara-negara lain yang cuba campur tangan untuk menentukan agar pintu Rafah dibuka atau tidak," kata Mohd Zin.
Beliau menambah krisis bekalan yang berlaku di Gaza dijangka akan bertambah teruk terutama dengan musim sejuk yang bakal menjelang kelak.
"Keperluan di Gaza dijangka berlipat ganda berbanding serangan Zionis pada Ramadan 2021. Sehingga kini lebih 70,000 unit rumah dimusnahkan dengan serangan dan hampir 500,000 kehilangan tempat tinggal.
"Jadi keperluan sangat mendesak boleh dikatakan meliputi bekalan air bersih, makanan, perubatan dan keperluan bermalam termasuk selimut," tambah penerima Anugerah Maulidur Rasul itu, baru-baru ini.
Masuk hari ke-11 pertempuran terkini di Palestin melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel, menyaksikan angka kematian mencecah 2,808 orang manakala lebih 10,000 orang cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin setakat malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

MyCARE telah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan di Beit Lahiya, utara Gaza, 16 Okt 2023. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin
MyCare berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.

'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin
Ziad menggesa umat Islam bersatu dalam menyebarkan kepada dunia situasi sebenar yang sedang dihadapi rakyat Palestin.

MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik
Kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan OKU.

MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.

"Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"
Itu antara luahan dan pendedahan yang dikongsikan Naib Presiden Syria Care, Ustaz Rizal Ali ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu mengenai nasib-nasib penduduk bumi Ghouta.

Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.